Monday, October 10, 2011

BaSiKaL FixiE


Apa tu basikal fixie? Best ke? Basikal fixie tu dalam bahasa inggeris fixie bike (fixed-wheel bicycle).. Maksudnya, basikal fixie ini takde roda bebas (freewheel) di mana paddle sentiasa bergerak apabila basikal sedang bergerak. Basikal fixie ni tak macam basikal biasa di mana, ketika basikal fixie sedang bergerak, kita boleh relaks tak perlu kayuh..

Selain tu basikal fixie ni boleh di kayuh secara reverse dan ianya tidak mempunyai brek. Selalunya fixie bike ni datang dengan warna yang striking dan design yang memang cun. Sekarang ni memang tengah hot, merata-rata kita boleh tengok fixie bike ni. Bukan setakat remaja je, bapak remaja pun gilakan fixie bike ni. Harga sebijik basikal fixie ni serendah ratusan ringgit dan boleh mencecah ribuan ringgit

Khasiat Buah Petai


Buah petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae. Buah petai banyak ataupun senang didapati dikawasan Tropika. Pokok petai yang biasa didapati di negara kita ada empat jenis.

JENIS PETAI

NAMA TEMPATAN/ NAMA SAINS

Petai kerayung/Parkia javanica
Petai meranti/ Parkia singularis
Petai biasa/papan/ Parkia speciosa
Petai nering Parkia sumatrana

Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain. Di bawah disenaraikan kandungan dalam 100 gram petai:

Kandungan/Nilai

Tenaga - 120.0 kalori
Kalsium - 126.0 mg
Besi - 3.4 mg
Vitamin BI - 0.2 mg
Vitamin C - 32.7 mg
Protein - 10.0 gram
Karbohidrat - 16.0 gram
Gentian - 1.5 gram
Lembapan - 69.0 gram
Lemak - 1.8 gram
Lain-lain - 1.7 gram

Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.