Sunday, October 28, 2012

Pendekatan Koperatif Meningkatkan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5


BAB 1



PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mengikut sejarah pendidikan di Malaysia, baik Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 mahupun Laporan Kabinet 1979, penegasan dan penekanan yang lebih dan berterusan diberikan kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan dalam merealisasikan cabaran keenam Wawasan 2020, iaitu untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.



Konvesyen Nasional PIPP 2008 yang diadakan di Institut Aminudin Baki, Menteri Pelajaran ada menyatakan bahawa kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara di dunia mempunyai kaitan dengan kemantapan sistem pendidikan dan perancangan pendidikan yang dilaksanakan dengan betul dan berjaya. Beliau juga ada menyatakan bahawa Malaysia dikenali sebagai negara membangun kerana sistem pendidikan cemerlang. Selalunya kecemerlangan pendidikan ini akan memberikan hasil yang bermutu dan memenuhi keperluan guna tenaga manusia untuk memajukan sesebuah negara. Kemahiran asas ini boleh dipelajari melalui interaksi manusia sesama manusia dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana pemahaman terhadap pelbagai kandungan dan penyataan bermakna dalam bahasa terbina daripada pemahaman manusia sesama manusia melaui interaksi yang berlaku (Davis dan Hersh, 1986).

Kepentingan lisan, bacaan dan menulis dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan. Kurikulumnya yang teratur dari segi struktur dan kandungannya yang tersusun secara hierarki memerlukan seseorang murid menguasai asas berbahasa sebelum mereka boleh menguasai bahasa Melayu untuk berinteraksi (PPK 2000).



Oleh itu walau apa pun tajuk dan kemahiran dalam bahasa Melayu Penulisan, yang pasti untuk memastikan input maksimun diterima oleh murid, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas berkesan dan teratur supaya semua objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai sepenuhnya.



Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992). Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan penguasaan kemahiran, di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu pada, penyelesaian masalah, pemikiran logik, kritis, analitis dan bersistem serta pemupukan nilai murni.

Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum’.

Oleh yang demikian, untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, semua ini harus diikuti dengan sistem yang betul dan teratur. Proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.



1.2 Latarbelakang Kajian

Bahasa Melayu Penulisan merupakan satu mata pelajaran yang penting dan mencabar bagi kebanyakan murid. Bahasa Melayu Penulisan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian. Oleh sebab itulah bahasa Melayu Penulisan perlu diberi penekanan terhadap keupayaan memahami sesuatu tajuk dan perkembangan idea dalam pelbagai bentuk penulisan.



Sepertimana selalu guru mengajar secara lisan atau ‘chalk and talk’ (Osborne, Bell and Gilbert, 1983) bagi tajuk bahasa yang abstrak tidak dapat membantu pelajar memahami konsep bahasa dengan mendalam. Kaedah koperatif merupakan salah satu kaedah yang dikenal pasti sebagai cara yang terbaik dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam tajuk yang diajar.



Hasil temubual bersemuka dengan seorang guru yang berpengalaman mengajar bahasa Melayu Penulisan selama lapan belas tahun di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu Puan Noraini Sulaiman, beliau menyatakan bahawa kebanyakan murid tahun lima masih tidak menyedari bahawa mereka sudah melangkah ke tahap dua. Cara dan budaya pembelajaran murid tahap satu adalah berbeza dengan murid tahap dua. Murid-murid ini tidak menunjukkan kesediaan yang cukup untuk menjalani kehidupan sebagai murid tahap dua. Secara tidak langsung, murid ini tidak bersedia untuk menghadapi tajuk dan kemahiran yang lebih mencabar.



Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung murid ini tidak akan dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan sepenuhnya dan mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan sempurna. Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Psikologi Pendidikan ‘Kesediaan belajar adalah faktor yang penting untuk membawa murid ke arah menjalankan aktiviti pembelajaran dengan mudah , seronok dan berkesan’.



Menurut Puan Noraini lagi, ramai murid tahun lima yang telah lupa atau tidak mengingati teknik atau konsep yang telah dipelajari sebelum ini. Ini terutamanya berlaku di awal penggal persekolahan. Kesannya, akan menjadikan mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan satu matapelajaran susah bagi murid. Guru perlukan kemahiran dan pengetahuan untuk menarik semula minat murid-murid. ‘Untuk mempelajari sesuatu ilmu, pelajar hendaklah menguasai kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan’.(Mok Soon Sang . 2002).

Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas juga menyumbang kepada tahap kefahaman murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Bilangan murid yang ramai juga akan mengakibatkan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada seluruh kelas. Ini akan mengakibatkan murid yang pasif akan tertinggal sewaktu pembelajaran. Oleh yang demikian, seseorang guru itu perlu merancang pengajaran yang akan berlaku supaya murid lebih bersedia untuk belajar. Oleh itu , pembelajaran secara koperatif adalah kaedah yang paling berkesan untuk memenuhi kehendak pelbagai tahap kebolehan murid.



1.3 Pernyataan Masalah

Dalam setiap kelas, murid yang boleh dikategorikan kepada pelbagai tahap mengikut kebolehan,iaitu cemerlang,sederhana dan lemah. Hasil daripada temubual dangan guru didapati murid kurang kesediaan untuk belajar di dalam kelas.

Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan sering berhadapan dengan masalah yang melibatkan pencapaian murid yang rendah. Ini merupakan satu cabaran bagi guru-guru. Mungkin kerana ramai murid akan merasa bosan dengan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan, proses pembelajaran perlu dipelbagaikan dari masa ke semasa. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Salah satu cara pengajaran yang akan dilakukan adalah pengajaran secara koperatif.



Begitu juga dengan kesukaran murid untuk memahami kemahiran-kemahiran bahasa Melayu Penulisan. Ini memerlukan pelbagai usaha dan penambaikkan yang sesuai dilaksanakan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Pendidikan bahasa Melayu Penulisan di peringkat sekolah menekankan penguasaan terhadap kemahiran lisan, bacaan dan menulis. (Noor Azlan , 2004)

Pengajaran koperatif adalah pengajaran yang dilakukan melibatkan murid secara kumpulan kecil. Cara pengajaan adalah berbeza dengan pengajaran secara tradisional. Oleh itu kajian akan membuktikan bahawa pendekatan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan akan meningkatkan pencapaian mereka.



1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian bahasa Melayu penulisan terutama untuk Bahagian B bagi murid tahun lima. Diharap dengan adanya kajian sebegini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan di sekolah pada masa hadapan.

1.4.1 Sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis tentang amalan dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuari yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru lain.

1.4.2 Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan yang paling stratejik yang sentiasa boleh diaplikasikan.

1.4.3 Mengetahui minat murid tentang kaedah sesuai dengan kemampuan dan kebolehan murid.



1.5 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1.5.1 Untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan.

1.5.2 Untuk meningkatkan minat murid dalam bahasa Melayu Penulisan.

1.5.3 Untuk melihat perbezaan kefahaman pelajar lelaki dan perempuan dalam penulisan tahun lima.



1.6 Persoalan Kajian

1.6.1. Adakah pendekatan koperatif meningkatkan bahasa Melayu penulisan tahun lima bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan.

1.6.2 Adakah pendekatan koperatif menarik minat murid tahun lima dalam bahasa Melayu penulisan bagi kumpulan rawatan.

1.6.3 Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi kumpulan rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid tahun lima.

1.7 Kerangka Konsep































Rajah 1.0 : Kerangka konsep



1.8 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.8.1 Kepentingan kepada guru.

Semasa kajian ini dijalankan, akan terjadinya komunikasi pelbagai hala di antara murid dan juga antara guru. Dalam masa yang sama juga , pelbagai aktiviti yang dijalankan akan mewujudkan satu persekitaran belajar yang seronok dan ceria di dalam kelas. Ini akan mewujudkan sikap yang bertanggungjawab serta kerjasama yang baik di antara ahli kumpulan. Pada masa yang sama, guru juga dapat melatih rakan pembimbing untuk murid-murid lain.

1.8.2 Kepentingan kepada guru besar.

Selain itu,kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru besar dan pihak pentadbir sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dapatan kajian ini diharap akan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di sekolah.

1.8.3 Kepentingan kepada jabatan pelajaran.

Kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam usaha memberi pendedahan kepada guru-guru lain tentang pelbagai kaedah dan gaya pengajaran terkini selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan semasa.

1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu agar mampu bersaing dalam era globalisasi yang serba mencabar ini.



1.9 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

1.9.1 Menggunakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Gong Balai. Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid tahun lima.

1.9.2 Jumlah murid lelaki ialah 20 orang dan murid perempuan seramai 10 orang. Kumpulan kawalan seramai 15 orang sementara kumpulan rawatan seramai 15 orang.



1.10 Definisi Operational

1.10.1 Pendekatan Koperatif

Pembelajaran Koperatif merupakan pembelajaran di dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang daripada pelbagai kemahiran serta jantina. Setiap ahli tersebut akan saling bantu membantu sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan satu tugasan demi mencapai sesuatu tujuan. (Slavin , 1995). Di dalam kajian yang telah dibuat, murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pembelajaran Koperatif ialah satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar dalam kumpulan kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan ini dikehendaki bekerjasama unutuk memperlengkapkan dan memperluaskan pembelajaran diri sendiri dan juga ahli yang lain. (Esah Sulaiman , 2003).



1.10.2 Murid-murid tahun lima

Murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas tahun. Kelas yang dijalankan ialah kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat dalam kalian ini. Murid di dalam kelas ini bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan murid kelas ini terdiri daripada keluarga petani dan nelayan.



1.11 Rumusan

Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, objektif, soalan kajian, kepentingan dan batasan kajian. Kemahiran asas membaca dan menulis amat penting kepada murid mengusai sebarang tajuk dan kemahiran yang akan diajar. Ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menjejaskan pengusaan murid dalam kemahiran seterusnya. Bagi memastikan kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran dan pembelajaran harus diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid akan mudah berasa bosan dan hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Di akhir kajian kita akan dapat melihat perbezaan kemajuan murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dijalankan..























BAB II



TINJAUAN LITERATUR



2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, akan membincangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif. Kajian ini merupakan satu kajian yang akan menentukan hubungan pengajaran koperatif dengan pencapaian murid. Di dalam satu kumpulan, murid akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Bab ini memberikan tinjauan penulisan oleh individu atau kumpulan yang telah membuat kajian dan mempunyai kaitan dengan keberkesanan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dalam kelas Tahun 5.



2.2 Literatur Yang Berkaitan

Terdapat beberapa tokoh yang menyokong kaedah pembelajaran Koperatif.

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. ‘Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih ``bestari''. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang murid dapat meluah kembali apa yang dipelajari tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. ( Ismail Zain) dalam members.tripod.com/skypin/pendik/pendidik12

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.

2. Saling berinteraksi secara bersemuka.

3. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.

4. Kemahiran koperatif.Pemprosesan kumpulan.



Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).



2.2.2 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran koperatif. Antaranya ialah :

i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman dalam bahasa Melayu Penulisan.

ii. Pelajar dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab berkongsi.

Dalam pembelajaran koperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi. Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpualan koperatif lain. Antara ahli kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

iii. Kemahiran sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif.

Pembelajaran koperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran kopertif berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.

iv. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang

lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri.

Di dalam pembelajaran koperatif , kesedaran motivasi dapat ditingkatkan melalui perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain. Pelajar akan mudah faham menerusi pembelajaran koperatif kerana jika maklumat atau konsep yang tidak fahami asalah seorang ahlli kumpulan, ahli kumpulan yang lain akan menolong menerangkannya.



2.2.3 Model-model Pembelajaran Koperatif

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran koperatif yang telah digunakan dalam pendidikan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table) yang dipetik daripada www.usm.my/ education /kaunseling /tips/Kaedah Pembelajaran Koperatif .Menurut dapatan Unversiti John Hopkin Amerika Syarikat (Nor Azizah Salleh,1995) terdapat tiga jenis pembelajaran kumpulan kecil iaitu:





i. Student Teams Achievement Divisions (STAD) (Slavin 1980)

Kaedah ini melibatkan guru mengajar seluruh kelas , diikuti dengan pe;ajar belajar dalam kumpulan heterogenus yang telah ditetapkan. Kemudian kumpulan – kumpulan tersebut diberi tugasan serta diminta membuat perbincangan.

ii. Teams Games Tournament (TGT) ( De Vries & Slavin 1978)

Kaedah ini pula guru akan mengajar seluruh kelas. Guru akan memberi beberapa soalan kepada pelajar. Pelajar akan belajar dan berbincang dalam kumpulan masing – masing dengan soalan yang diberikan. Kumpulan mestilah heterogenus. Kemudian salah seorang daripada kumpulan duduk dalam kumpulan homogenus untuk menjawab soalan dan akhirnya pelajar tadi akan kembali ke kumpulan yang asal untuk member laporan markah. Pemenang dikira melalui markah yang paling tinggi.

iii. JIGSAW ( kaedah cantuman )

Menurut Esah Sulaiman ( 2003) kaedah JIGSAW terbahagi kepada dua bahagian iaitu cantuman I oleh Aronson dan Snapp dan cantuman II oleh Robert E.Salvin.

a. Cantuman 1

Kumpulan-kumpulan kecil dibentuk. Setiap ahli kumpulan hendaklah mengamalkan sikap saling bergantung antara satu sama lain dan tolong-menolong dalam mendapatkan bahan , maklumat dan menyiapkan tugasan.

b. Cantuman II

Setelah masalah dapat diselesaikan dan tugasan diserahkan kepada guru, ahli-ahli kumpulan akan diberikan kuiz.



2.3 Review Kajian-kajian Lepas.

Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran koperatif yang dijalankan oleh penyelidik samada dari dalam negara dan luar negara. Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan pembelajaran kopertif di sekolah-sekolah.



2.3.1 Kajian Dalam Negara

Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka Pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakn di sekolah-sekolah di Malaysia.

Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran bahasa Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran koperatif dikalangan murid adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun, pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.

Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Koperatif ialah murid dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.



Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif .



Pembelajaran Koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran bahasa Melayu Penulisan. T. H. Gan (1999). D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari tiga ratus tujuh puluh lima kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa sembilan puluh tahun mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, applikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu, juga didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan intelek, kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal. Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008 54

Kajian yang dibuat terhadap kesan Pembelajaran Koperatif dalam matapelajaran bahasa juga menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam bahasa. Kajian Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif terhadap bahasa dan kebolehan untuk menjawab soalan penulisan juga meningkat.



Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Kimia, Sains dan Teknologi menunjukkan amalan Pembelajaran Koperatif menyebabkan murid menjadi lebih gigih dan menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. Dees (1991), melaporkan murid dapat mencari isi untuk penulisan dengan baik apabila dapat bekerja dalam kumpulan kecil. Selain itu, beliau juga mendapati Pembelajaran Koperatif adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak yakin dan lemah dalam mencari isi untuk tajuk-tajuk penulisan.



Di dalam persidangan Tech Prep , menurut Wan Absah (1997), menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif adalah antara kaedah pembelajaran yang berkesan dalam pendekatan pengajaran konteksual. Kaedah pembelajaran koperatif boleh digunakan secara berkesan dalam banyak matapelajaran terutama kelas yang mempunyai pelajar yang memiliki kebolehan yang sama. (Roshidi dan Abdul Razak, 1995)









2.4 Rumusan

Daripada tinjauan litature yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu ke peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah kerana pembelajaran koperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini membantu para murid untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan.























BAB III



METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh manakah keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkat minat serta prestasi murid dalam tajuk Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tahun Lima. Kajian ini juga akan membuktikan bahawa koperatif adalah salah satu cara pembelajaran yang berkesan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini juga membincangkan mengenai reka bentuk kajian, sampel kajian, prosuder pungutan data, responden kajian dan teknik penganalisis data.



3.2 Rekabentuk kajian

Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas Tahun 5 iaitu kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kedua disebut sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan. Masa kajian dijalankan ialah selama 5 minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran kedua-dua kumpulan agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini. Untuk menjalankan kajian eksperimen ini, pengkaji memilih murid dari satu kelas, kumpulan rawatan menerima pembelajaran secara koperatif manakala kumpulan kawalan akan menerima pengajaran secara kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. Al (2007), kumpulan eksperimen biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, manakaala kumpulan kawalan menerima kawalan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun sampel tidak dipilih secara rawak, pengkaji akan memastikan bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai taraf pencapaian yang hampir sama berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran bahasa Melayu.



Tujuan reka kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian bahasa Melayu bagi kemahiran membina ayat tanya bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pembolehubah yng dikaji iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.Di dalam kajian ini pembolehubah bersandar ialah pencapaian Kajian Tempatan bagi tajuk “ Kepentingan Rumah” yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pembolehubah tak bersandar ialah kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahya et.al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanpulasikan adalah pembolehubah tak bersandar manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pembolehubah bersandar.



Selain pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar, terdapat pembolehubah-pembolehubah luaran yang mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pembolehubah ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya pemilihan sampel yang terdirri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis melalui ujian pos untuk melihat bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi kebolehan atau pencapaian Kajian Tempatan sebelum kajian dijalankan.



Kajian ini juga berdasarkan jadual di bawah. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberi ujian pos sebelum dilakukan kepada pendedahan kaedah koperatif. Jawapan pelajar akan diproses untuk mencari min selepas dilakukan rawatan selama 5 minggu dan dilakukan ujian pos. Selepas itu, dicari perbezaan min skor ujin pos berbanding dengan ujian pra bagi melihat keberkesaanan terhadap kemahiran membina ayat-ayat gramatis. Ujian-ujian ini dijalankan untuk 16 orang murid yang telah dipilih untuk kumpulan rawatan dan 14 orang telah dipilih untuk kumpulan kawalan.









KUMPULAN UJIAN PRA UJIAN POS BEZA

PRA-POS





Rawatan Tahun 46.1 66.1 20

5 Bestari





Kawalan Tahun

5 Bestari 78.6 88.3 9.7











Jadual 3.1 : Perbandingan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan



3.3 Populasi dan Persampelan

Sampel kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang pelajar murid Tahun Lima Baiduri daripada Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Kumpulan ini akan diajar tajuk penulisan Bahagian A yang sama oleh guru yang sama dengan kaedah yang berbeza bagi setiap sesi pembelajaran. Sampel yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian prestasi dalam bahasa Melayu yang agak setara. Mereka ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 16 orang dalam kumpulan rawatan dan 14 orang dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun keputusan kajian ini tidak boleh digunakan sebagai satu generalisasi kerana ia merupakan satu kajian kes sahaja.





3.4 Instrumen Kajian

Pelbagai instrument kajian telah digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini ada dua jenis soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Soalan ini diambil daripada soalan OTI 1 yang mengandungi bahagian A, iaitu memindahkan maklumat daripada gambar. Borang kaji selidik juga merupakan salah satu insrtrumen dalam kajian ini. Lembaran kerja yang dibuat untuk mendapatkan maklamat tentang kefahaman murid sebelum dan selepas pembelajaran dilakukan. Gred pencapaian murid mengikut gred di dalam UPSR sebenar. Murid pula akan menulis lima ayat berpandukan gambar yang diberi bagi mendapat maklum balas mengenai kaedah pembelajaran yang diikuti.



3.4.1 Borang Kaji Selidik

Borang kaji selidik ini mengandungi maklumat latar belakang sampel kajian. Maklumat yang dikehendaki ialah nama, umur, bangsa, jantina , alamat rumah, pekerjaan ibu/ayah /penjaga dan keputusan PKBS 4 ( Tahun 4 - 2011). Dalam soalan selidik yang dibuat soalan yang dibina berdasarkan soalan untuk menjuruskan kepada minat murid terhadap pembelajaran yang dipelajari. Berikut adalah sebahagian contoh pengumpulan data dalam borang soal selidik.









BIL ITEM SOALAN Ya Tidak

1. Anda suka belajar bahasa Melayu.

2. Anda kenali rakan anda.

3. Anda kenali keluarga rakan anda.

4. Anda kenali guru anda.

5. Adakah cara belajar meningkatkan

6. Anda suka cara guru BM mengajar .

7 Adakah guru mengenali kebolehan murid.

8 Anda suka belajar berkumpulan

9. Anda suka belajar secara individu

10. Anda suka BBM yang guru sediakan



1 : Ya 2 : Tidak



Jadual 3.2 : Borang soal selidik







3.4.2 Soalan Ujian

Dua set ujian yang sama iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian ini akan diberi kepada kesemua murid. Ujian pra yang diberikan kepada murid ialah soalan yang diberi sebelum pembelajaran berlaku. Ujian ini mengandungi soalan karangan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman murid sebelum pembelajaran koperatif berlaku. Ujian pos pula ujian yang diberikan kepada murid setelah pembelajaran berlaku. Ujian pos yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan menggunakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.



3.4.3 Pemerhatian

Pemerhatian yang dilakukan sepanjang pembelajaran berlaku. Pemerhatian ini dibuat untuk melihat minat dan kesungguhan murid belajar semasa pembelajaran koperatif dibuat. Perubahan tingkahlaku akan diperhati dan direkod oleh pengkaji.



3.5 Prosedur Kajian

Pada mulanya, kelas ini telah diberikan ujian pra terlebih dahulu sebelum pendekatan pembelajaran secara koperatif dijalankan. Ujian ini hendaklah dijawab secara individu dan murid tidak dibenarkan berbincang. Setelah itu, ujian pasca pula diberikan. Pada akhir kajian, kelas ini dikehendaki menduduki satu ujian pasca. Bentuk ujian pasca ini adalah sama dengan ujian pra. Peningkatan pencapaian akademik akan diukur berdasarkan perbezaan pencapaian mereka dalm ujian pra dan ujian pasca. Masa yang diberikan untuk menjawab ujian pra dan pasca ialah 30 minit.

Dalam melaksanakan kajian, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada dua atau empat orang. Kumpulan tersebut adalah ditentukan sendiri oleh guru supaya murid yang lemah dapat dibimbing oleh murid yang pandai. Jangka masa untuk kajian ini adalah selama lima minggu iaitu kumpulan ini akan didedahkan dengan kaedah pembelajarn koperatif.



Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah dikendalikan mengikut prinsip-prinsip pembelajaran koperatif yang disarankan oleh Slavin (1990) iaitu:

i. Penyampaian isi kandungan pelajaran oleh guru.

ii. Pembentukan kumpulan murid.

iii. Setiap kumpulan bekerjasama menyempurnakan tugasan yang diberi.

iv. Setiap murid mengambil bahagian dalam kuiz.

v. Pasukan yang memperoleh purata skor kumpulan yang tinggi akan diberi pengiktirafan.



3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsan Gong Balai, Marang, Terengganu. Kajian ini melibatkan 16 orang sampel kumpulan rawatan dan 14 orang sampel kumpulan kawalan. Pengkaji akan meminta kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas untuk menjalankan kajian ini. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas, kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan meminta bantuan guru kelas untuk menjalankan kajian ini kerana ia melibatkan dua kumpulan. Setelah selesai ujian pra, pengkaji akan menyemak skor yang diperoleh oleh sampel kedua-dua kelas.



Kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kedua-dua pengajaran ini di jalankan dalam tempoh 5 minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan mernggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.Kedua-dua kumpulan yang terlibat akan mengikut langkah-langkah pengumpulan data berikut:

Bagi mendapatkan min minat murid tentang kaedah pembelajaran koperatif, pengkaji telah membina sepuluh soalan soalselidik tentang kajian. Soalan soalselidik ini diberikan pada akhir kajian. Soalan ini hanya diberikan kepada kumpulan rawatan sahaja. Soalan-soalan hanya bertumpukan kepada minat murid mengenai kaedah pembelajran koperatif dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mengumpul segala maklumat yang didapati dan membuat analisis.











3.7 Prosedur menganalisis data

Data-data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian pos akan diproses dengan perisian Microsoft Excel-Data Analisis untuk tujuan deskriptif itu mendapatkan peratus, min dan perbezaan min.



3.8 Rumusan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasa eksperimen. Sesi tradisonal dan koperatif terdiri daripada murid tahun lima seramai tiga puluh orang. Pelbagai instrumen dipilih bagi memastikan kajian ini berjaya. Segala data yang diperolehi dari murid akan membuktikan peningkatan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran kopertif. Reka bentuk kajian digunakan untuk membuat justifikasi kepada peningkatan pencapaian dan minat murid menggunakan pembelajaran koperatif dalam tajuk penulisan karangan Bahagian A Bahasa Melayu Tahun Lima.

















BAB IV



DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan melaporkan semua keputusan dan dapatan dalam kajian berkenaan tajuk yang telah dipilih. Ia melibatkan laporan tentang profil responden, laporan prestasi murid dan persepsi murid terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam penulisan Bahasa Melayu Tahun Lima. Dalam bab ini juga akan mengkaji apakah pendekatan koperatif berjaya ataupun tidak meningkatkan tahap pencapaian murid tahun lima dalam bahasa Melayu Penulisan Bahagian A bagi kumpulan rawatan. Di samping terdapat perubahan tingkahlaku dari yang kurang baik kepada sikap yang suka memberi idea dan cuba menjawab soalan walaupun tidak tepat dengan itu, wujud nilai-nilai murni seperti kerjasama, rajin , hormat menghormati serta disiplin yang tinggi dapat dipupuk. Kaedah dan pendekatan yang diamalkan seperti pengajaran dan pembelajaran secara koperatif boleh diketengahkan untuk menjadi asas yang baik di dalam kaedah belajar. Ini kerana, kaedah ini dapat menarik minat murid dan dapat menjadi penyambung idea guru untuk mengajar dengan penuh kasih sayang. Ini kerana kaedah ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap prestasi pencapaian murid.





4.2 Profil Responden

Bahagian ini akan melaporkan beberapa perkara berkaitan dengan maklumat latarbelakang responden.



4.2.1 Bilangan Responden, Jantina dan Kaum

Taburan responden mengikut jantina dan kaum ditunjukan dalam jadual 4.1 di bawah



Kaum\Jantina Lelaki Perempuan Jumlah



Melayu

Jumlah

20

20

10

10

30

30

Peratusan 66.67% 33.33% 100%





Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina Dan Kaum.





Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.

Bilangan pelajar lelaki lebih ramai daripada bilangan pelajar perempuan, dimana 20 oang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Jika dilihat dari segi pecahan peratus, bilangan pelajar lelaki mewakili 66.67 % dan pelajar perempuan pula mewakili 33.33 %. Kesemua responden adalah berbangsa Melayu. Murid yang dikaji ialah murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan. Murid terdiri daripada murid luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas tahun. Kelas yang dijalankan ialah kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat dalam kalian ini. Murid di dalam kelas ini bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan murid kelas ini terdiri daripada keluarga petani dan nelayan.

















Rajah 4.1: Pecahan Bilangan Responden Mengikut Jantina.

















4.2.2 Pemilihan responden



Jadual 4.2 :Keputusan ujian pra dan ujian pos.

Responden Jantina Skor

(Pra) % Skor

(Pasca) % Peningkatan

%

R1 Lelaki 26 48 22

R2 Lelaki 44 76 32

R3 Lelaki 36 70 34

R4 Lelaki 28 44 18

R5 Lelaki 58 78 20

R6 Lelaki 74 82 09

R7 Lelaki 30 52 22

R8 Lelaki 90 90 0

R9 Lelaki 78 88 10

R10 Lelaki 46 62 24

R11 Lelaki 58 76 18

R12 Lelaki 90 90 0

R13 Lelaki 48 60 12

R14 Lelaki 64 78 14

R15 Lelaki 66 76 10

R16 Lelaki 66 80 14

R17 Lelaki 62 80 18

R18 Lelaki 56 68 12

R19 Lelaki 70 86 16

R20 Lelaki 36 58 22

R21 Perempuan 64 80 16

R22 Perempuan 22 46 22

R23 Perempuan 62 82 20

R24 Perempuan 80 96 16

R25 Perempuan 68 80 12

R26 Perempuan 84 92 08

R27 Perempuan 90 90 0

R28 Perempuan 80 90 10

R29 Perempuan 94 100 06

R30 Perempuan 70 96 26

Jumlah Min 63.33 78.33 15.00







Jadual 4.3. : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Jenis Ujian Min Sisihan Piawaian

Ujian pra 63.33 22.90

Ujian pasca 78.20 17.25

Rawatan

14.87

5.65

















Rajah 4.2 : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

















Jadual 4.4. : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut gred



Kategori Gred

Pra Ujian

Pos Ujian



80-100 (Cemerlang)

08 ( 26.26 %)

16 ( 53.33 %)



60-79 (Sederhana)

10 ( 33.33 %)

09 ( 29.59 %)



40-49 (Lulus)

07 ( 23.33 %)

05 ( 17.08 %)



00-39 (Gagal)

05 ( 17.08 %)

00 ( 00.00 %)





Jadual 4.4. pula adalah analisis ujian pra dan juga ujian pasca mengikut kategori gred yang telah ditetapkan. Bagi ujian pra, bilangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang adalah sebanyak 8 orang ataupun sebanyak 26.26 %. Bilangan calon cemerlang meningkat sekali ganda dalam ujian pasca berbanding ujian pra, dimana seramai 16 (53.33%) daripada 30 orang pelajar telah berjaya dengan cemerlang. Sementara itu, seramai 10 orang pelajar atau 33.33 % telah mendapat markah sederhana di dalam ujian pra. Keadaan agak berbeza dengan ujian pasca apabila hanya ada 9 orang pelajar atau 29.59 % memperoleh gred sederhana. Bilangan calon gred lulus dalam ujian pra adalah sebanyak 23.33 % yang melibatkan 7 orang pelajar dan terdapat 5 orang pelajar ( 17.08 %) pula telah gagal. Dalam ujian pasca pula, seramai 5 daripada 30 orang pelajar telah berjaya mendapat gred lulus.





Rajah 4.3 : Perbezaan min







Rajah 4.4 : Perbandingan Analisis Data Ujian Pra dan Pasca.









4.3 Laporan Dapatan Kajian



4.3.1. Adakah pendekatan koperatif meningkatkan bahasa Melayu penulisan tahun lima bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan?

Bil Responden

(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian

Pra

( % ) Ujian

Pos

( % ) Markah

Peningkatan

Kumpulan 1

1. Responden 1 L 26 48 22

2. Responden 2 L 44 76 32

3. Responden 3 L 36 70 34

4. Responden 4 L 28 44 18

Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20

2. Responden 7 L 30 52 22

3. Responden 10 L 46 62 24

4. Responden 11 L 58 76 18

Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12

2. Responden 14 L 64 78 14

3. Responden 17 L 62 80 18

4. Responden 18 L 56 68 12

Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22

2. Responden 21 P 64 80 16

3. Responden 22 P 22 46 22

4. Responden 23 P 62 82 20

Purata Markah ( Min ) 46.1 66.1 20.4



Jadual 4.5 : Analisis Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos

Bil Responden

(Kumpulan Kawalan) Jantina Ujian

Pra

(%) Ujian

Pos

(%) Markah

Peningkatan

1 Responden 6 L 74 82 09

2 Responden 8 L 90 90 00

3 Responden 9 L 78 88 10

4 Responden 12 L 90 90 00

5 Responden 15 L 66 76 10

6 Responden 16 L 66 80 14

7 Responden 19 L 70 86 16

8 Responden 24 L 80 96 16

9 Responden 25 P 68 80 12

10 Responden 26 P 84 92 08

11 Responden 27 P 90 90 00

12 Responden 28 P 80 90 10

13 Responden 29 P 94 100 06

14 Responden 30 P 70 96 26

Putara Markah (Min) 78.6 88.3 11.3



Jadual 4.6 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Kumpulan Kawalan.











Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos

A 80-100 0 3

B 60-79 4 8

C 40-59 6 5

D 20-39 6 -



Jadual 4.7 : Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan Mengikut Gred





Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos

A 80-100 7 13

B 60-79 7 1

C 40-59 - -

D 20-39 - -



Jadual 4.8 : Analisis Pencapaian Kumpulan Kawalan Mengikut Gred

Jika dibandingkan dengan markah purata bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra adalah 78.6 peratus manakala purata markah ujian pos adalah 88.3 peratus. Perbezaan purata markah sebanyak 9.7 peratus sahaja. Ini menunjukkan satu peningkatan markah yang kurang berbanding kumpulan rawatan sebanyak 20.4 peratus. Di mana kebanyakan murid menunjukkan peningkatan markah.

Ini adalah kerana kumpulan kawalan hanya menerima latihtubi dari guru dan mereka belajar sendiri sahaja berbanding kumpulan rawatan yang menerima pembelajaran secara koperatif. Berdasarkan kepada analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan. Ini kerana hasil latih tubi dan ulangkaji pelajaran yaang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, pengajaran dengan kaedah koperatif menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi..





Rajah 4.5 : Perbezaan Min Pencapaian Kumpulan Kawalan Dengan Kumpulan Rawatan.





Ini menunjukkan pencapaian murid kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis markah kumpulan rawatan, min markah ujiaan pra ialah 46.1 manakala purata markah ujian pos ialah 66.1. Perbezaan min markah ialah ialah 20.4. Manakala min markah kumpulan kawalan untuk ujian pra ialah 70.0 berbanding min markah untuk ujian pos ialah 78.6 dan min perningkatan markah hanya sebanyak 11.3. Ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan koperatif berjaya meningkatkan markah bahasa Melayu tahun lima bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Perbezaan min sebanyak 9.1.

Oleh itu, perbezaan min markah antara kedua-dua kumpulan ini cukup jelas. Maka dengan itu, ia menjelaskan kepada persolaan yang dibina menjadi satu kebenaran iaitu pencapaian murid kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan adalah jelas dan tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif menggunakan model STAD adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu.











4.3.2. Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi kumpulan rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid Tahun Lima?



Bil Responden

(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian

Pra

( % ) Ujian

Pos

( % ) Markah

Peningkatan

Kumpulan 1

1. Responden 1 L 26 48 22

2. Responden 2 L 44 76 32

3. Responden 3 L 36 70 34

4. Responden 4 L 28 44 18

Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20

2. Responden 7 L 30 52 22

3. Responden 10 L 46 62 24

4. Responden 11 L 58 76 18

Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12

2. Responden 14 L 64 78 14

3. Responden 17 L 62 80 18

4. Responden 18 L 56 68 12

Purata Markah ( Min ) 46.3 66.0 20.5



Jadual 4.9 : Analisis Pencapaian Murid Lelaki Dalam Kumpulan Rawatan









Bil Responden

(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian Pra

( %) Ujian Pos

( % ) Markah

Peningkatan

Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22

2. Responden 21 P 64 80 16

3. Responden 22 P 22 46 22

4. Responden 23 P 62 82 20

Purata Markah ( Min ) 46.0 66.5 20.0



Jadual 4.10 : Analisis Pencapaian Murid Perempuan Dalam Kumpulan

Rawatan.











Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos

A 80-100 0 1

B 60-79 2 8

C 40-59 6 3

D 20-39 4 -





Jadual 4.11 : Analisis pencapaian murid lelaki dalam kumpulan kawalan

mengikut gred











Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos





A 80-100 0 2

B 60-79 2 0

C 40-59 0 2

D 20-39 2 -



Jadual 4.12 : Analisis pencapian murid perempuan dalam kumpulan

kawalan megikut gred





Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan murid perempuan yang memaparkan bahawa terdapat beberapa peningkatan yang ketara di antara responden-responden tersebut. Di dalam ujian pra tidak terdapat responden lelaki dan tidak seorang pun responden perempuan mendapat A. Gred B dua responden perempuan. Dua lelaki yang mendapat gred B. Gred C enam orang responden lelaki, manakala tidak ada responden perempuan mendapat gred C. Empat orang responden lelaki mendapat gred D , manakala dua responden perempuan mendapat D.

Jika dibandingkan dengan ujian pos , seorang responden mendapat gred A bagi responden lelaki manakala dua orang responden perempuan mendapat gred A. Lapan orang responden lelaki telah mendapat markah B dan tidak ada seorangpun perempuan yang mendapat markah B. Sementara tiga orang responden lelaki telah mendapat C dan dua perempuan yang mendapat C. Tidak ada lagi responden lelaki dan perempuan yang mendapat D. Ini menunjukkan terdapat sedikit perbezaan di antara responden lelaki dan responden perempuan dari segi pencapaian. Jelaslah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid terhadap kemahiran membina ayat tanya dalam bahasa Melayu Tahun Lima.





Rajah 4.6: Perbezaan Min Pencapaian Murid Lelaki Berbanding Murid Perempuan Dalam Kumpulan Rawatan



Ini membuktikan bahawa min pencapian murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan adalah hampir sama. Ini berdasarkan min markah murid lelaki dalam kumpulan rawatan adalah 20.5.Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan markah yang tinggi dan patut diteruskan kaedah ini. Manakala min markah bagi murid perempuan dalam kumpulan rawatan adalah 20.

Perbezaan min markah yang diperoleh oleh murid perempuan dalam kumpulan rawatan juga menunjukkan peningkatan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara dari segi pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dengan perbezaan min sebanyak 0.5. Terbuktilah bahawa murid lelaki dan perempuan dapat menerima pengajaran secara koperatif dan mereka menunjukkan pencapaian yang tinggi di dalam ujian pos.



























4.3.3 Adakah pendekatan koperatif berjaya menarik minat murid tahun lima terhadap Bahasa Melayu penulisan Bahagian A?



Bil Pernyataan Ya Tidak

1 Saya sangat meminati Bahasa Melayu. 29 1

2 Adakah anda selalu bertanya rakan semasa belajar?. 26 4

3 Saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara berkumpulan. 26 4

4 Saya amat meminati belajar secara berkumpulan. 23 7

5 Saya dapati cara berkumpulan yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan penguasaan penulisan. 27 3

6 Saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar. 18 12

7 Saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai kemahiran menulis. 10 20

8. Guru selalu membantu saya apa yang tidak saya faham 21 9

9 Anda sentiasa menyiapkan tugasan secara kumpulan? 30 0

10 Saya dapat menulis dengan baik setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru. 24 6



Jadual 4.13 : Analisis soal selidik persepsi murid terhadap pendekatan

koperatif



Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu, seramai 29 (97.66%) sangat bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar (3.33%) pula menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju.

Bagi item nombor 2 iaitu saya meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1 menunjukkan perbezaan yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju dan setuju.Namun begitu, bilangan pelajar yang memilih setuju bilangannya agak berkurangan. Seramai 26 (86.66%) pelajar memilih setuju dan seramai 4 (13.33%) pelajar pula memilih tidak setuju.

Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya sangat bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara berkumpulan, didapati seramai 26(86.66%) pelajar memilih bersetuju. Bagi tidak setuju pula, bilangan pelajar yang memilih ialah seramai 4 orang ataupun 13.34 %.

Berdasarkan item nombor 4 iaitu saya amat meminati cara yang digunakan oleh guru. Bagi skala bersetuju, seramai 23 orang pelajar atau 79.99% telah memilih bersetuju. Bilangan pelajar yang memilih skala tidak setuju adalah seramai 7 orang pelajar iaitu mewakili 20.01% sahaja.

Item nombor 5 iaitu saya dapati cara yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan penguasaan penulisan, menunjukkan taburan skala yang dipilih oleh pelajar agak menyeluruh. 90% iaitu kira-kira 27 orang pelajar bersetuju manakala seramai 3 pelajar (10.00%) telah menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.

Taburan skala bagi item nombor 6 iaitu saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar, menunjukkan adanya taburan yang agak sekata. Bagi setuju seramai 18 orang pelajar atau 54% telah memilih bersetuju. Namun begitu bilangan pelajar yang memilih kenyataan tidak bersetuju mencatat bilangan yang agak besar ia seramai 12 orang.

Bagi item no 7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai kemahiran menulis, taburan skala responden tidak menentu, dimana 10 responden telah memilih setuju dan 20 orang lagi memilih tidak bersetuju.

Berdasarkan item 8 iaitu guru selalu membantu saya memahami apa yang tidak saya faham, didapati taburan skal pilihan responden agak sekata. Bagi skala setuju seramai 21 orang pelajar ataupun 63% telah memilihnya. Sementara itu bilangan responden yang menyatakan bahawa guru membantu mereka memahami apa yang tidak difahami adalah seramai 9 orang.

Bagi item 9 iaitu bahasa amat penting dalam kehidupan saya, taburan skala pilihan responden adalah sekata iaitu semua pelajar memilih untuk bersetuju. Item terakhir iaitu item ke 10 iaitu saya dapat menulis dengan lancar setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru, menunjukkan taburan skala pilihan responden amat tidak sekata. Bagi skala tidak setuju 6 orang pelajar telah memilihnya iaitu 18%. Manakala selebihnya seramai 24 telah memilih bersetuju mewakili 82%.





Rajah 4.7 :Minat murid terhadap pendekatan koperatif

















Jadual 4.6 : Analisis soal-selidik persepsi murid terhadap mata pelajaran

Bahasa Melayu melalui pendekatan koperatif



BIL PERNYATAAN Setuju Tidak Setuju

01. Saya dapati menulis berkumpulan sangat menyeronokkan. 29

96.66 % 01

3.34 %

02. Saya lebih berminat belajar setiap topik dengan kaedah kumpulan mengikut kemampuan . 29

96.66 % 01

3.34 %

03. Saya dapati belajar penulisan berkumpulan lebih jelas dan mudah difahami. 30

100 % 00

0 %

04. Saya mendapati belajar berkumpulan dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih. 25

83.33 % 05

16.67 %

05. Saya dapati pembelajaran penulisan berkumpulan tidak membuang masa dan meyeronokan. 28

93.33 % 02

6.67 %

06. Saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam Bahasa Melayu. 26

86.66 % 04

13.34 %





07. Saya dapati ransangan gambar yang disediakan dapat memudahkan saya belajar.

29

96.66 %

01

3.34 %

08. Penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami. 29

96.66 % 01

3.34 %

09. Saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan mudah. 27

90.00 % 03

10.00 %

10. Saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri. 22

73.33 % 08

26.67 %

Jumlah Min 27.3 2.6







Rajah 4.8 : Analisa persepsi murid item 1: Saya dapati menulis berkumpulan

sangat menyeronokkan.



Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik item 1 iaitu saya dapati menulis berkumpulan sangat menyeronokan, seramai 29 (97.66%) bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat seronok ketika mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar atau 3.33% pula menyatakan bahawa mereka tidak pasti, manakala bagi tidak setuju, tiada pun pelajar yang memilih skala berkenaan .







Rajah 4.9 : Analisa persepsi murid item 2 : Saya lebih berminat belajar setiap

topik menggunakan kaedah koperatif.





Bagi item nombor 2 iaitu saya lebih berminat belajar setiap topik menggunakan kaedah koperatif. Iaitu kaedah berkumpulan mengikut kemampuan telah menampakkan jurang perbezaan yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju, pelajar yang memilihnya. Bilangan pelajar yang memilih skala setuju adalah seramai 29 orang responden. Bagi skala tak pasti pula, bilangan responden yang memilih pernyataan ini adalah seramai seorang dan jika dilihat dari segi pecahan peratusan, ia cuma melibatkan 3.33 % sahaja.





Rajah 4.10 : Analisa persepsi murid item 3: Saya dapati pembelajaran

menggunakan kaedah koperatif lebih jelas dan mudah difahami.





Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif lebih jelas dan mudah difahami, kesemua responden bersetuju dengan pernyataan. Ini bermakna ,pernyataan berkenaan telah dipersetujui oleh 30 orang responden berbanding dengan pernyataan tak pasti dan tak setuju.





Rajah 4.11 : Analisa persepsi murid item 4 : Saya mendapati pembelajaran

menggunakan kaedah koperatif dapat memberi rangsangan

kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih.





Berdasarkan item ke 4 iaitu saya mendapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih, didapati taburan skala yang dipilih oleh pelajar lebih kepada setuju iaitu seramai 25 orang (83.33%) manakala pelajar yang memilih tak pasti seramai 5 (16.67%) orang sahaja .





Rajah 4.12 : Analisa persepsi murid item 5 : Saya dapati pembelajaran

menggunakan kaedah koperatif tidak membuang masa dan

dan menyeronokkan.





Item ke 5 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif tidak membuang masa dan menyeronokan, taburan skala yang dipilih oleh responden agak menyeluruh. Bagi skala setuju, didapati bilangan pelajar yang memilihnya adalah seramai 28 orang ataupun 93.33 % daripada keseluruhan pelajar. Seramai 2 orang responden (6.67%) telah memilih skala tak pasti. Keadaan ini adalah lebih baik berbanding skala tidak bersetuju, dimana bagi pernyataan tak setuju, tiada seorang pelajar pun yang memilihnya.





Rajah 4.13 : Analisa persepsi murid item 6: Saya dapati alat bantu belajar

dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam

Bahasa Melayu.





Taburan skala bagi item ke-6 iaitu saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam Bahasa Melayu, menunjukkan adanya jurang perbezaan yang agak besar diantara kenyataan bersetuju dan tak pasti. Bagi kenyataan setuju, seramai 26 responden telah memilih bersetuju dengan pernyataan berkenaan berbanding tak pasti yang hanya ada 4 orang responden sahaja. Namun begitu,jurang perbezaan diantara keduanya telah dapat dikecilkan berbanding item nombor 5.





Rajah 4.14 : Analisa persepsi murid item 7 : Saya dapati gambar

ransangan yang disediakan memudahkan.





Item ke-7 iaitu saya dapati gambar ransangan yang disediakan memudahkan, rata-rata responden telah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Seramai 29 orangresponden mengakui keberkesanan kaedah ini berbanding hanya seorang sahaja yang memilih kenyataan tidak pasti.





Rajah 4.15 : Analisa persepsi murid item 8 : Penerangan yang disampaikan

oleh guru mudah difahami.



Berdasarkan item ke-8 iaitu penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami, didapati taburan skala pilihan responden menunjukkan jurang perbezaan yang masih ketara. Kenyataan ini disokong dengan pilihan responden dimana seramai 29 daripada 30 orang telah bersetuju dengan kenyataan ini. Hanya seorang pelajar yang memilih skala tak pasti. Bagi skala tak setuju pula, tiada seorang pun yang telah memilihnya.





Rajah 4.16 : Analisa persepsi murid item 9: Saya dapat memahami setiap

penerangan dan penyampaian dengan mudah.



Bagi item ke-9 iaitu saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan mudah, rata-rata responden telah memilih bersetuju berbanding dengan skala lain. Bilangan pelajar yang menyetujui pernyataan, saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian teks dengan mudah setelah menggunakan kaedah koperatif adalah seramai 27 orang berbanding tidak pasti yang hanya melibatkan 3 orang responden sahaja.





Rajah 4.17 : Analisa persepsi murid item 10 : saya dapati bahan bantu

mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan

pembelajaran kendiri.





Item terakhir iaitu item ke-10 iaitu saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri, menunjukkan taburan skala pilihan responden tetap tidak berubah. Namun begitu, jurang perbezaan diantara skala setuju dan tidak pasti mula mengecil. Bagi skala setuju, bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri adalah seramai 22 orang ataupun 73.33 % daripada keseluruhan responden seramai 30 orang. Penurunan bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan berkenaan telah menyebabkan bilangan responden yang memilih skala tidak pasti telah meningkat dengan ketara berbanding dengan pernyataan pada item pertama hingga ke 9. Didapati seramai 8 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti dengan pernyataan yang diberi.



4.3.3 Min persepsi murid terhadap pendekatan koperatif





Rajah 4.18: Min persepsi murid terhadap pendekatan koperatif.



Untuk analisa secara keseluruhan min persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif ini mendapati bahawa 27.4 atau 91% bersetuju dan hanya 2.6 atau 9% tidak bersetuju. Ini menunjukkan bahawa pendekatan koperatif ini sangat berkesan dan berguna dalam menjayakan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar tahun lima.



4.4 Rumusan

Bab ini telah melaporkan secara menyeluruh mengenai prestasi pelajar, keberkesanan pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah koperatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang. Namun begitu pendapat pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran serta beberapa kelemahan yang dapat dikesan dalam proses pengajaran tidak diabaikan. Perbincangan yang berterusan mengenai keputusan dan dapatan yang diperoleh dalam penyelidikan ini akan diterangkan dalam bab 5.































BAB V



RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. Ianya merangkumi ringkasan kajian, perbincangan tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif, pencapaian pelajar hasil dari pembelajaran menggunakan keadah tersebut, implikasi kajian dan juga saranan untuk kajian selanjutnya.



5.2 Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Seramai 30 orang murid tahun lima di sekolah tersebut telah dipilih untuk menjadi sampel kajian ini. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif untuk pengajaran Bahasa Melayu Penulisan Tahun Lima bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Diharap kajian ini dapat memberi peluang serta keyakinan kepada murid untuk membina pengalaman mereka bagi menyelesaikan masalah penulisan di sekolah rendah. Dengan menggunakan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan murid dapat membuat keputusan secara bersama berdasarkan pengetahuan sedia ada, pengalaman yang lepas dan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah, seterusnya membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan lebih baik lagi. Besarlah harapan, bahan ini akan digunakan sebaik mungkin dengan tujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan sistematik.



Empat instrumen telah digunakan ketika menjayakan kajian ini, iaitu soal selidik tentang persepsi murid terhadap Bahasa Melayu dan kaedah koperatif, soal selidik tentang keberkesanan kaedah keperatif juga instrument ujian pra dan ujian pasca. Soal selidik digunakan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap penggunaaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif untuk Bahasa Melayu Tahun Lima. Ujian pra dan ujian pasca pula digunakan untuk mengkaji pencapaian mereka sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Set soalan ujian pra dan pasca itu mengandungi beberapa aras kesukaran.



Sepanjang tempoh kajian, kaedah belajar berkumpulan telah digunakan oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pra telah diberi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan sejauh mana pencapaian pelajar sewaktu menggunakan kaedah tradisional . Pada peringkat seterusnya adalah memberi pelajar ujian pasca. Dapatan keputusan menunjukkan prestasi pelajar semakin meningkat hasil dari proses pembelajaran menggunakan kaedah ini. Persepsi murid juga didapati positif setelah mengunakan bahan bantu mengajar berkenaan ketika proses pembelajaran dijalankan. Bahagian seterusnya akan melaporkan keputusan yang diperolehi melalui analisis soal selidik dan keputusan yang diperolehi dalam ujian pra dan ujian pasca.



5.3 Perbincangan Dapatan Kajian



5.3.1 Keberkesanan Pendekatan Koperatif Bagi Meningkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Murid Tahun Lima.

Jadual 4.2 menunjukkan keberkesanan kaedah terhadap semua pelajar kecuali pelajar P8, P27 dan P28, kesemua pelajar dalam kajian ini telah menunjukkan peningkatan prestasi mereka dalam kadar yang berbeza-beza hasil dari proses pembelajaran. Keputusan ujian juga menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca. Ini menunjukkan hipotesis null, Ho ditolak dan hipotesis alternatif, Ha diterima.



Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam prestasi pelajar selepas mereka mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah koperatif. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan beberapa ujian contohnya sepertimana yang di jalankan oleh Toh(1994) dan Sabrina Bakar(1996) ada perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara pelajar-pelajar yang telah didedahkan kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian mereka juga mendapati bahawa mod pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran yang menggunakan kaedah koperatif sebagai yang paling berkesan.

Min skor ujian pra ialah 63.33 dan min skor ujian pasca ialah 78.20. Peningkatan ini adalah besar. Salah satu sebab peningkatan yang besar adalah kerana murid-murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan minat yang tinggi setelah bahan bacaan yang disediakan dapat menarik perhatian mereka biarpun murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan . Adalah dipercayai jika keadah ini digunakan oleh murid yang pintar, dijangkakan peningkatan prestasi adalah lebih tinggi lagi. Peningkatan prestasi murid yang kurang memberangsangkan juga mungkin disebabkan masa pengajaran yang singkat.



Perkara ini adalah berkaitan dengan waktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Sebenarnya, ujian ini telah diberikan selepas perperiksaan akhir tahun dimana mood murid untuk belajar menurun. Adalah dijangka sekiranya kaedah ini dilaksanakan secara berterusan prestasi murid akan bertambah baik lagi apabila mereka dapat menghayati dan menguasai kemahiran.



Berdasarkan jadual 4.2 terdapat beberapa orang murid yang prestasinya berubah sedikit dalam ujian pasca. Perkara ini mungkin berkaitan dengan sikap murid yang kurang kesungguhan untuk membaiki kelemahan mereka. Kesilapan menyebut perkataan mengikut suku kata telah menyebabkan perkataan yang diberi tidak dapat dijawab dengan tepat. Dalam beberapa kajian didapati pelajar kembali semula kepada miskonsepsi yang asal buat beberapa lama kerana pengajaran baru tidak memberi kesan kepada perubahan konsep.

5.3.2 Keberkesanan Pendekatan Koperatif Dalam meningkatkan Minat Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.

Persepsi pelajar terhadap pengajaran Bahasa Melayu dapat dirumuskan kepada dua tema iaitu minat murid terhadap Bahasa Melayu dan penerimaan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu penulisan oleh guru mereka. Berdasarkan jadual 4.5.1 minat terhadap Bahasa Melayu dikesan melalui item pertama iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu dan item ke-2 iaitu saya meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1. Peratusan yang memberi reaksi sangat setuju ialah 29(97.66%,) dan 26 ( 86.66% ) berbanding tidak pasti ialah 1 ( 3.33 %,) dan 4 (13.34 % ) . Ini menunjukkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu amat tinggi sekali.



Melalui item ke-3 iaitu saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara berkumpulan dan item ke-7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai kemahiran membaca membuktikan pendekatan kaedah koperatif semasa rawatan amat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Ini di perkukuhkan lagi dengan peratusan yang diberikan iaitu 86.66% dan 76.66% untuk reaksi setuju.



Melalui item ke-10 iaitu saya dapat membaca dengan lancar setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka amat berkesan. Peratusan yang memberi reaksi setuju ialah 25(83.33 % ) berbanding tidak setuju ialah 16.67%.(5). Bagi meningkatkan prestasi murid, diharapkan pada masa akan datang, guru-guru lebih kerap mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mengatasi miskonsep terutamanya bagi perkataan-perkataan yang sukar seperti perkataan yang mengandungi lebih daripada tiga patah perkataan di dalam satu-satu ayat.



5.3.3 Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Pendekatan Koperatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran .

Persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif berwarna dapat dirumuskan kepada dua iaitu penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan koperatif bagi meningkatkan prestasi dan juga tafsiran mereka terhadap penggunaan kaedah ini berkenaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah persepsi mereka terhadap pembelajaran berbantukan kawan-kawan dalam mempertingkatkan minat dan motivasi untuk belajar, peranannya sebagai motovasi belajar dan mengajar yang berkesan, juga sebagai satu alat yang membantu membantu meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran terutama kemahiran menulis.



Keputusan ini adalah selari dengan dapatan kajian lain. Abdul Rahman Abdul Rashid(1995) bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Melayu. Pendapat ini disokong dengan satu pendapat lain yang menyatakan bahawa motivasi dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai merupakan faktor awal dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca dan menulis

.

Untuk itu,seharusnya ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya ketika menjalankan P&P terhadap murid-murid tahun lima yang penguasaan membaca dan menulisnya masih lemah.Taksiran murid terhadap keupayaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan rakan sebaya membantu pembelajaran Bahasa Melayu dapat dikesan melalui item ke- 4 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kawan-kawan di sekeliling dapat member rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih dan item ke-7.



Keputusan ini menunjukkan bahawa murid percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan koperatif berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi penulisan dalam Bahasa Melayu Bahagian A di samping membantu mereka menguasai berbagai kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Toh(1994) dan Sabrina Bakar(1996) ada perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara murid-murid yang telah didedahakan kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian mereka juga mendapati bahawa mod pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai yang paling berkesan.

Seterusnya tafsiran murid terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan kaedah kaedah koperatif ditunjukkan dalam reaksi mereka dalam item ke-8 penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami, item ke-9 saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian teks lebih mudah, item ke-10 saya dapat bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri.



Berdasarkan nilai peratusan dalam item-item tersebut bolehlah dirumuskan bahawa mereka percaya keberkesanan penggunaan kaedah dengan cara yang paling berkesan. Namun begitu, mereka mahukan kepelbagaian dalam pelaksanaannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid juga memerlukan masa untuk memahirkan diri dengan kaedah ini. Keputusan ini menunjukan bahawa penggunaan kaedah koperatif seharus diamalkan oleh guru secara berterusan supaya murid biasa dengannya serta dapat meningkatkan keberkesanannya kerana sesuatu kemahiran memerlukan masa yang panjang untuk dikuasai oleh murid.



5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan prestasi murid bertambah positif selepas mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah koperatif. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar ransangan juga telah berjaya meningkatkan minat serta motivasi murid untuk mempelajari Bahasa Melayu terutama bacaan dan penulisan. Rakan sebaya juga didapati memainkan peranan yang besar dalam menjayakan proses pembelajaran menggunakan kaedah koperatif sebegini. Antara implikasi kajian terhadap pendidikan Bahasa Melayu ialah :



5.4.1 Implikasi Terhadap Murid

Alternatif terbaik yang dapat dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bacaan murid adalah dengan menggunakan BBM . Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju menyatakan keseronokan belajar setelah menggunakan ransangan gambar. Pelajar didapati dapat membina ayat sendiri berpandukan gambar yang diberi. Keadaan ini jelas menggambarkan tentang kesediaan pelajar untuk menerima pembelajaran berbantukan kaedah koperatif sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.



5.4.2 Implikasi Terhadap Guru

Guru-guru Bahasa Melayu juga perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas agar murid lebih seronok dan bersedia agar pencapaian responden dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Justeru itu, kepelbagaian strategi pengajaran amat digalakan agar penyampaian isi kandungan pengajaran secara langsung dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan seterusnya sukatan pelajaran dapat dihabiskan dengan mengambil kira tahap kefahaman murid dan juga tumpuan kepada latih tubi secara individu dan kumpulan. Disamping itu juga, guru perlu lebih kerap menggunakan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana cara tersebut telah menunjukkan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan pencapaian murid. Guru juga perlu tahu menggunakan dan mengaplikasikan persekitaran murid untuk menambahkan keyakinan murid terhadap proses pengajaran.



5.4.3 Implikasi Terhadap Pentadbiran Sekolah

Sokongan pihak pentadbiran sekolah amat penting dalam merielisasikan kejayaan kaedah ini. Bagi memastikan kejayaan murid menguasai kemahiran membaca, pihak pentadbiran sekolah memainkan peranan yang cukup penting. Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan memberi pendedahan mengenai pembelajaran koperatif ini dengan lebih meluas kepada semua guru tidak kira sama ada secara formal atau pun tidak.



Selain itu juga, pengajaran dan pembelajaran sebegini seharusnya diterapkan dalam kursus dalaman yang dijalankan oleh sekolah. Usaha ini tidak akan berjalan dengan lancar seandainya tiada usaha berterusan dilaksanakan di peringkat atasan. Lantaran itu, kaedah pembelajaran koperatif juga perlu dipraktikkan seawal tahun pertama mengajar bagi membiasakan guru mendapat pengalaman, teknik pengajaran serta pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pihak pentadbiran perlu berterusan agar masalah yang terbeban dibahu para pendidik dapat diatasi. Galakan yang berterusan dari pihak pentadbir untuk guru yang menggunakan kaedah ini semasa P&P dijalankan, terutamanya bila mengajar murid tahap satu boleh menyumbang impak yang besar terhadap dunia pendidikan.

Penggunaan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar secara berkesinambungan dan berterusan sudah semestinya dapat meningkatkan pencapaian murid dari masa ke semasa. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokan serta dapat meningkatkan kemahiran menulis dikalangan murid, satu garis panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru perlu disediakan oleh pihak pentadbiran agar masalah membaca dapat dikurangkan. Apa yang perlu diperhatikan adalah konsep dan perlaksanaan kaedah pembelajaran koperatif amat berbeza jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran secara tradisional yang tidak berstruktur.



Bagi memastikan masalah buta huruf dikalangan pelajar terhapus, satu modul pembelajaran yang baik perlulah disediakan dengan segera bagi menghasilkan penulisan yang baik lengkap yang pada masa sekarang yang masih menggunakan kaedah lama iaitu `talk n chalk` sahaja dimana ayat-ayat ditulis dengan cara lama dan amat membebankan pelajar terutamanya terhadap murid yang mempunyai masalah membaca dan menulis.



5.5 Cadangan Kajian

Berdasarkan pengalaman mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan kaedah koperatif dengan pelajar selama enam minggu, beberapa kajian lanjutan perlu dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid. Antaranya cadangan kajian adalah:

5.5.1 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini di dalam penulisan sepatutnya dimulakan seawal pelajar di tahun 1 lagi.

Masa kajian yang diperuntukan selama enam minggu adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan hasil yang diharapkan oleh pengkaji kerana dalam tempoh yang begitu singkat telah menyebabkan peningkatan prestasi murid tidak begitu memberangsangkan. Kajian lebih mendalam, diharap dapat dilaksanakan di masa depan terutamanya ketika pengajaran dan pembelajaran penulisan berbantukan kaedah koperatif dilaksanakan oleh pengkaji.



Selain itu juga, kajian ini perlu dijalankan lebih awal iaitu sebelum peperiksaan akhir tahun agar semangat murid untuk belajar masih tinggi. Guru juga seharusnya menmanfaatkan kemajuan bidang sain dan teknologi agar bahan bacaan yang bermutu seperti menghasilkan bahan bacaan menggunakan perisian komputer dan teknologi terkini dapat dilaksanakan sendiri. Dalam usaha memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan, perisian yang lebih bermuta amat diperlukan oleh pendidik bagi memastikan perlaksanaan pengajaran dan pebelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan peningkatan prestasi pelajar. Oleh itu, adalah menjadi harapan warga pendidik agar Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan dapat menyediakan perisian ini. Kerjasama kerajaan negeri Terengganu dengan membekalkan e-book kepada pelajar ternyata berjaya membuka minda pelajar tahun lima kepada teknologi maklumat.





5.5.2 Kajian Dalam Kumpulan Sasaran Yang Lain

Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang murid sekolah rendah sahaja. Untuk mengetahui keberkesanannya kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif di dalam penulisan dengan lebih mendalam, kajian seharusnya dilakukan pada bilangan murid yang lebih ramai. Seterusnya kajian juga boleh dilakukan untuk mencari perbandingan keberkesanan kaedah ini dari aspek demografi seperti perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar, jantina, taraf sosio ekonomi dan sebagainya. Di samping itu kajian boleh dilakukan pada perkataan lain agar keberkesanannya dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih mencabar dapat ditentukan.





5.5.3 Pendekatan Kajian



Kajian ini berkenaan satu kumpulan eksperimen yang diberi ujian pra dan ujian pasca. Melalui pendekatan ini keberkesanan kaedah ini dapat ditentukan dengan lebih baik lagi. Adalah dicadangkan supaya reka bentuk eksperimental yang melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dijalankan. Seterusnya kajian ini dilakukan dalam bentuk tinjauan secara kuantitatif. Melalui pemerhatian ke atas aktiviti pembelajaran pola interaksi yang berlaku boleh dianalisis untuk mengetahui apakah yang sebenarnya proses-proses yang terlibat yang menyebabkan peningkatan prestasi murid. Untuk memahami proses pembelajaran dengan lebih mendalam satu kajian berbentuk kualitatif harus dilakukan. Melalui pendekatan ini justifikasi terhadap kekuatan dan kelemahan kaedah ini boleh dibuat dengan lebih baik lagi. Selain itu, melalui temubual perasaan murid dan apa yang mereka fikirkan boleh diketahui dengan lebih mendalam.



5.5.4 Memantau Prestasi Murid

Dapatan kajian menunjukkan terdapat murid yang tidak berubah prestasinya dalam ujian pasca. Satu kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah ini. Muhamad Kasim(2003) masalah ini ada kemungkinan juga disebabkan murid tersebut tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah ini kerana mereka menghadapi masalah kesihatan seperti rabun warna, rabun dekat, rabun jauh atau mungkin mereka beranggapan bahawa mempelajari penulisan adalah tugas yang membebankan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada perkara ini juga berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditentukan melalui satu kajian khas yang lain.





5.5.5 Ibu bapa

Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa anak-anak yang kurang cemerlang dalam aktiviti menulis seharusnya memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih daripada mereka berbanding dengan anak-anak mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Dalam hal ini ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Antara cadangan yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa ketika mengajar anak-anak mereka menulis ialah melalui:



a) Ibu bapa perlulah sentiasa berhubung serta mendapatkan kerjasama dari pihak sekolah dan juga guru Bahasa Melayu untuk mengetahui pencapaian anak-anak mereka supaya amalam pengajaran yang digunapakai oleh guru dapat dijalankan di rumah sendiri tanpa wujudnya masalah yang rumit.



b) Bagi memastikan kemahiran menulis bertambah baik, ibu bapa disarankan agar bekerjasama dengan guru untuk mengajar anak mereka ketika berada di rumah. Latih tubi menulis pekataan dan ayat mudah secara berterusan akan mengukuhkan lagi ingatan anak-anak mereka dan seterusnya dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran menulis.



c) Bahan tulisan yang sesuai juga boleh diberikan kepada responden yang bermasalah agar minat anak-anak kecil untuk menguasai kemahiran menulis terus meningkat. Galakkan yang berterusan secara tidak langsung akan memberi kepada rangsangan anak-anak untuk terus berusaha menguasai kemahiran menulis.













5.6 Rumusan

Proses penulisan adalah satu proses yang berterusan dan berkesinambungan daripada bacaan. Dalam membantu mencipta satu teknik serta kaedah pengajaran penulisan yang lebih berkesan dan afektif, guru memainkan peranan yang penting. Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru bagi meningkatkan pemahaman murid seperti menggunakan kaedah latih tubi, tutorial juga permainan bahasa. Kebijaksanaan guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik jika dibandingkan kaedah tradisional yang banyak menghafal berbanding faham konsep. Di sini kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada ibubapa dan masyarakat juga perlu.



Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran penulisan menggunakan kaedah koperatif memang dapat meningkatkan lagi prestasi dan minat murid terhadap Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran ini dapat menjana idea murid secara kumpulan mahu pun individu. Oleh itu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan yang sesuai amat perlu diaplikasikan dengan betul dan berterusan. Perkembangan pengajaran menggunakan kaedah koperatif adalah cepat serta dapat meningkatkan minat murid. Selain itu, penggunaannnya yang berterusan akan memberikan keyakinan kepada guru dalam menyampaikan pengajaran dan secara tidak langsung serta menggalakkan para guru mencipta sendiri bahan bantu mengajar sebagai sumber utama dalam pengajaran dan pembelajaran.



Dalam hal ini, guru perlulah bertindak sebagai fasilitator bagi memantau perkembangan murid. Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi akan menyebabkan murid menjadi aktif dan seterusnya meningkatkan input. Dalam hal ini, guru harus menyedari bahawa kefahaman sesuatu konsep Bahasa Melayu boleh disemai dikalangan murid-murid lemah sekiranya kaedah yang digunakan bersesuaian dan dapat menarik minat mereka. Lantaran itu, guru perlulah memperbanyakkan lagi bahan rujukan demi meningkatkan keberkesanan kaedah ini berbanding dengan kaedah tradisional .



Disamping juga, guru haruslah mempertingkatkan kemahiran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah murid yang merasa bosan serta dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menangani masalah membaca di kalangan murid. Selain itu juga, penggunaan kad kad perkataan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru lebih bersedia untuk memulakan tugas mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita perlulah bijak memilih kaedah yang sesuai dengan murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta dapar melahirkan insan yang seimbang yang selalu mahu berusaha mengatasi sebarang cabaran yang mendatang dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar.



































1 comment:

Wan Zatie said...

Maklumat ini dapat daripada mana?