Wednesday, August 8, 2012

it`tihadu jejak mat kilau





Tatabahasa




ABSTRAK

Untuk tujuan meneliti dan memgetahui Kesan Penggunaan Penanda Wacana terhadap konsep penggunaan bagi pencapaian pelajar dalam penulisan atau pertuturan setiap pelajar, guru perlu menguasai kemahiran dalam penggunaan ayat terutama pada wacananya. Dalam hal ini penglibatan sama ada keutuhan wacana,fungsi wacana,kepentingan wacana,jenis-jenis wacana dan penanda wacana perlu dititik beratkan dikalangan pelajar agar laras bahasa yang digunakan seharian mencerminkan bahasa melayu yang betul sama ada dari bentuk strukturnya,perbendaharaan kata dan wacananya. Sebagaimana diketahui ramai bahawa wacana adalah peringkat pembentukan ayat yang paling tinggi kedudukannya. Oleh sebab itulah penggunaan penanda wacana yang tepat akan mampu menghubungjalinkan serta menyempurnakan pertautan isi dalam penulisan. Kemahiran penggunaan penanda wacana yang betul dan bertepatan akan dapat menggambarkan seseorang itu mahir dalam penggunaan bahasa. Dengan adanya penanda wacana kita akan dapat menilai dan mengetahui mutu perkembangan sesuatu ayat yang dibentuk.

























PENGENALAN



Menurut kamus dewan edisi keempat penanda wacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Menurut teks pra-u STPM pula wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Namun begitu definasi yang lebih tepat untuk menggambarkan maksud sebenar penanda wacana ialah bermaksud perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan satu idea dengan satu idea lain dalam perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan keseluruhan wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.



Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.

Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.

Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.

Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.

Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. graf, jadual, peta dan statistik.

d. penutup





Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam sesebuah penulisan ialah selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh sebab itu, oleh itu, justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para guru sering mengingatkan para pelajar agar tidak melupakan penanda wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai akan kelihatan lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan bahasa dengan baik. Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu dipatuhi. Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana yang berfungsi sebagai frasa.





























HURAIAN EMPAT FUNGSI PENANDA WACANA



Terdapat empat fungsi penanda wacana. Fungsi-fungsi tersebut diterangkan di dalam subtopik seterusnya.

Fungsi menunjukkan maksud:

• Tambahan;

• Sebaliknya;

• Sebab; dan

• Ketika.





1. BAGI TUJUAN MENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN



Antara contoh penanda wacana yang menggunakan tujuan menunjukkan maksud tambahan ialah : -



- Ini bererti

- Sejajar dengan ini

- Pendek kata

- Justeru

- Sebagai tambahan



Contoh ayat yang menggunakan penanda wacana tambahan pula ialah :-



1. Sebagai tambahan kepada tugasan yang telah diberi, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan pada masa cuti.



2. Ini bererti, di samping bercuti pelajar terpaksa membuat ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.



3. Sejajar dengan ini, guru digalakkan mengadakan kelas tambahan bagi membantu

pelajar menghadapi peperiksaan.



4. Justeru, pelajar patut merebut peluang keemasan ini yang hanya datang sekali seumur hidup.



5. Pendek kata, pelajar harus bersikap seperti pepatah Melayu yang berbunyi, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."



2. BAGI TUJUAN MENUNJUKKAN MAKSUD SEBALIKNYA



Antara contoh penanda wacana yang menggunakan tujuan menunjukkan maksud sebaliknya ialah : -



- Sungguhpun

- Berbanding dengan

- Dalam masa yang sama

- Sebaliknya

- Walau bagaimana sekalipun



Contoh ayat yang menggunakan penanda wacana sebaliknya pula ialah :-



1. Sungguhpun keluarganya miskin, Ali tetap belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan.



2. Dalam masa yang sama, dia mengambil upah menjual nasi lemak setiap hari sebelum ke sekolah.



3. Walau bagaimana sekalipun rintangan dan cabaran yang dihadapi, Ali tetap bertekad untuk menjejakkan kaki ke menara gading.



4. Sebaliknya, dia tetap berusaha dan berdoa semoga impiannya menjadi kenyataan.



5. Berbanding dengan Azman, Zamri lebih cekap dan mahir dalam melaksanakan

tugas yang telah diberi oleh guru.







3. BAGI TUJUAN MENUNJUKKAN MAKSUD SEBAB



Antara contoh penanda wacana yang menggunakan tujuan menunjukkan maksud sebaliknya ialah : -



- Berdasarkan

- Berpegang pada

- Sekiranya begitu

- Akibatnya

- Kesudahannya



1. Berdasarkan prestasi peperiksaan akhir tahun, guru-guru berkeyakinan penuh bahawa Suria boleh berjaya dengan cemerlang.



2. Berpegang pada janji yang telah dibuat kepada ibubapanya, Suria terpaksa bertungkus-lumus siang dan malam menelaah pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

3. Sekiranya begitu sikap yang diamalkan Suria, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doanya untuk lulus dengan cemerlang.

4. Kesudahannya Suria muncul sebagai pelajar terbaikdalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

5. Ah Leng membuka sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan daripada Pendaftar Syarikat. Akibatnya, syarikat itu telah diharamkan daripada beroperasi.













4. BAGI TUJUAN MENUNJUKKAN MAKSUD KETIKA



Antara penanda wacana yang menunjukkan

maksud ketika ialah:



- Merujuk

- Berbalik kepada

- Akhirnya

- Sementara itu

- Sejenak kemudian



Antara contoh penanda wacana yang menggunakan tujuan menunjukkan maksud ketika ialah : -





1. Merujuk keterangan saksi, mahkamah mendapati bahawa Encik Selvam terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Setiawangsa tiga tahun yang lalu.



2. Sementara itu, peguam bela Encik Selvam menyatakan bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.



3. Akhirnya, kes itu akan dibicarakan semula di Mahkamah Rayuan setelah Encik Selvam berjaya dalam tuntutannya.



4. Sejenak kemudian, Encik Selvam memeluk peguam bela dan anak-anaknya sambil menitiskan air mata.



5. Berbalik kepada kejayaan itu peguam bela EncikSelvam berjanji akan berusaha membebaskan anak guamnya yang dipercayai telah dianiayai oleh pihak-pihak tertentu.







Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu mengandungi wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu :



a) Terdapatnya urutan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami).

b) Wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain).



Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagiandalam sesuatu wacana. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.



Kata penghubung

-tetapi -lalu -jika

-serta -agar -supaya

-sungguhpun -kerana –walaupun



Penambahan

-dan -sebenarnya -juga

-sekali lagi -bertitik tolak -hal ini

-tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga



Perbandingan/ Perbezaan

-tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu

-walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana

-sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan

-berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan

-walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian



Turutan

-pertamanya -akhirnya -selain itu

-keduanya -seterusnya -pertama sekali

-selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi



Contoh

-contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya

-misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya

-umpamanya -apa yang dimaksudkan –seperti

persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat;

bertamsil menggunakan tamsil (contoh);



Masa

-akhirnya -pada masa yang sama -sesekali

-dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini

-selepas itu -pada mulanya -semenjak itu

-sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya



Kesimpulan

-oleh itu -jadi -kesimpulannya

-jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa

-kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)

-pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian

-ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak

-sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan..

-kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah

-keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa)

-sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...



Penanda wacana umum

-dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya

-sememangnya -selaras dengan -lazimnya

-sejajar dengan sering kali kita -justeru itu

-sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya



Menurut keterangan daripada modul OUM pula:

• Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya.



Contoh: “Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini.”

• Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea.



Contoh: “Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.”

• Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea.



Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar, keterlaluan dan langsung terkena batang hidung tokoh berkenaan selepas krisis politik tahun 1998.

• Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.



Contoh: “Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam ini.”

• Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.



Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesej yang cuba mengangkat bahasa Melayu dan mempertahankan kedaulatannya dengan tepat.

• Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.



Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lain terdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.

• Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa ’kelihatan orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa’.



Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa tersebut adalah lebih kaya atau lebih miskin daripada bahasa yang lain dari segi dalamannya.

• Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.



Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan soal akidah dan kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.













CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KALANGAN PELAJAR



Sesuai dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia yang mendokong peranan sebagai bahasa ilmu pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996), bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata pelajaran di sekolah kebangsaan, kecuali Matematik dan Sains mulai 2004 (Sharifah Maimunah, 2004) serta sebagai satu mata pelajaran wajib, termasuklah di sekolah rendahjenis kebangsaan (Cina dan Tamil). Pada akhir tahun keenam persekolahan rendah, lulusannya dijangka mencapai suatu tahap penguasaan bahasa Melayu yang membolehkan mereka bersedia untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa berkenaan pada peringkat menengah serta institusi-institusi pendidikan yang lebih tinggi. Penawarannya sebagai mata pelajaran sekolah kebangsaan berasaskan penumpuan khusus pada dua tahap persekolahan. Bagi kemahiran menulis, pengajaran pada Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3) tertumpu pada kemahiran menulis asas, iaitu mengenal dan menulis abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat, sementara Tahap II (Tahun 4 hungga Tahun 6) menekankan kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.



Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan. Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi, sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972; Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990) telah dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Pengumpulan data adalah meliputi sampel di Semenanjung Malaysia untuk digunakan dalam pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.



Contoh ayat karangan



Kebanyakan negara maju di Barat berhadapan dengan masalah keruntuhan institusi kekeluargaan. Ringkasnya, konsep keluarga agak longgar dalam masyarakat mereka. Oleh itu terdapat segolongan orang Barat yang begitu mendewa-dewakan kepentingan dan kebebasan diri. Mereka lebih suka hidup bersendirian. Dengan kata lain, mereka tidak suka terikat dengan peraturan dan sistem nilai masyarakat. Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja secara bebas. Para remaja pula tidak mahu menerima sebarang kawalan daripada ibu bapa. Dengan demikian, bilangan anak muda yang bersikap liar dan tidak sopan semakin meningkat. Akhirnya masyarakat Barat menghadapi masalah sosial yang besar dan serius.

Jelaslah bahawa apabila institusi kekeluargaan telah runtuh, kemajuan sudah tidak memberi makna yang sepatutnya. Apa gunanya kemajuan kebendaan jika kehidupan harian tidak begitu selamat, muram, dan diserang sakit jiwa? Sungguhpun kelihatan orang-orang di negara maju ini seronok, namun keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa. Maka itu, masalah sosial dalam masyarakat mereka menjadi begitu ketara dan semakin parah.

Namun begitu, masyarakat yang mundur dan miskin juga turut menghadapi masalah yang sama. Sebenarnya, masalah ini tidak mengenal jenis masyarakat. Sebagai kesimpulannya, meskipun kita perlu meneruskan usaha-usaha pemodenan tetapi kita hendaklah mengelakkan diri daripada terperangkap oleh gejala keruntuhan institusi-institusi kemasyarakatan.











KESIMPULAN



Penanda wacana adalah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan ataupun menghubungkaitkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Ini akan menyebabkan maksud keseluruhan ayat itu akan lari dari maksud asal.



Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang banyak, huraian yang bertepatan dengan tajuk dan bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu akan menjadi tidak sempurna dan pincang dari segi kesempurnaannya disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Oleh sebab itulah penggunaan sesuatu penanda wacana sangat penting untuk menentukan maksud asal sesuatu ayat.



Pelajar yang kurang mahir dengan penggunaan sesuatu penanda wacana akan dapat dikesan ketika mewujudkan kesinambungan idea. Ini akan dapat dikesan jika seseorang pelajar itu yang tersilap memilih penanda wacana. Ini akan mengakibatkan sesuatu hasil penulisan itu akan hilang pertautan isi dalam penulisan. Keadaan ini secara automatiknya akan melemahkan pengolahan dan seterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur dan tidak tersusun. Sebutan akan menjadi janggal.

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra diantara patah-patah perkataan yang digunakan.



Dalam sesebuah hasil penulisan yang baik dan bermutu, penggunaan penanda wacana atau dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan. Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian ,penggunaan frasa yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga Jelaslah,aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.



2537 patah perkataan sahaja.





























APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Adenan Ayub Dr (2011). HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu. OPEN UNIVERSITI MALAYSIA.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd

.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.

Leman Ahmad. (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.



Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.



cikgutancl.blogspot.com/2008/07/penanda-wacana.html



www.scribd.com/doc/36092679/PENANDA-WACANA



www.tutor.com.my/stpm/wacana.htm



www.tutor.com.my



Kraf Tradisional


PENGENALAN



Kesenian dalam Islam mula tumbuh setelah agama Islam mula berkembang dan bertapak. Umat Islam yang berperang telah berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang menetap dan mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki. Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru. Secara tidak disedari proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Sebagai Addin, Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.



Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. kesenian islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.



Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sebenarnya, kesedaran mengenai keindahan adalah satu faktor yang amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang Islam. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta dengan satu jiwa lain, iaitu pengamat.



Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.





Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.



Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.























CONTOH KRAF MELAYU – ISLAM



1) Seni Khat



















Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.



Kepentingan Seni Khat



Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki". Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".



Jenis-jenis Seni Khat



Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani. Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.



Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan. Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.





2) Penulisan (Sastera)



Manakala seni penulisan pula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.

AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.



















3) Lukisan dan Arca (Lukisan)



















Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.









4) Seni Binaan











Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.



Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.



Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil.



Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.

Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.









5) Seni Muzik (Suara, lagu & Bunyi)



Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan". Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.



Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih, pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia.

Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan kea rah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi.

















CIRI-CIRI SENI ISLAM



1. Keindahan

Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islamiah.



2. Berpaksikan Akhlak

Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai aqidah, syariat dan akhlak. Oleh itu karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif.



3. Bersumberkan wahyu

Kesenian islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah maka ianya akan bersesuaian dengan masa, tempat dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah berpandukan garis panduan yang telah disediakan.



4. Kepelbagaian dalam kesatuan

Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat. Kesatuan ini terbentuk dalam pekerjaan seharian, ketika berehat dan ketika berhibur. Dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna ayat, keadaan ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam kesatuan umat.





5. Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika

Hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika dan seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan manakala keindahan ialah akar kesenian. Jadi terdapat hubungan yang erat antara seni, etika dan estetika. Dengan lain perkataan, agama melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan agama.



Seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.



Kesenian Islam menyahut seruan sebilangan keperluan asas masyarakatnya. Ia juga mengukuhkan persiapan individu untuk mematuhi ajaran Allah selaras dengan tujuan asas penciptaan mereka. Pernyataan seni ibarat kaedah di antara zat spiritual dan rangka material. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para seniman untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam bahasa seni. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Selain itu, seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada ‘kegunaan’ : samada untuk spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun pindahan ke atas objek kegunaan harian. Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan berpaksikan kepada keperluan bersama manusia.









FUNGSI-FUNGSI KESENIAN ISLAM



1. Fungsi Spiritual

Sayyid Hossein Nasr (dalam buku Spritual dan Seni Islam) memberi pandangan, dalam apa juga bidang sekalipun, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia supaya mengingati Allah s.w.t.. Dalam pandangannya itu beliau telah menegaskan: “Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam”.



Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri dari beberapa aspek antara lain ialah syariah, tarekat dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memain peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah. Dengan ini barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyuburan spiritual.



2. Kesenian meningkatkan aspek kerohanian.

Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk. Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan.



Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara.







3. Seni untuk mendidik

Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t..



SUMBER-SUMBER KESENIAN ISLAM

1. Al-Quran

2. As-Sunnah

3. Ijmak

4. Persekitaran setempat

5. Budaya setempat





KONSEP SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM



Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. kesenian islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.



Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sebenarnya, kesedaran mengenai keindahan adalah satu faktor yang amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang Islam. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta dengan satu jiwa lain, iaitu pengamat.





Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.



Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya. Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.



Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial. Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 iaitu seni ciptaan ALLAH dan seni ciptaan manusia. Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.



SIKAP ISLAM TERHADAP SENI

Pada dasarnya, sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah kerana Dia zat yang Maha Indah dan menyukai yang indah. Islam mempunyai kriterianya yang tersendiri untuk dijadikan pengukur pedoman bagi menentukan halal atau haramnya sesuatu karya seni itu. Kriteria pertama ialah seni atau karya seni itu mestilah baik iaitu yang mempunyai cirri-cirinya yang khusus. Antaranya ialah tidak merosakkan budi pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang dari beribadat dan mengingati Allah. Kriteria penolakan pula ialah seni atau karya seni tersebut buruk iaitu boleh merosakkan moral, melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah dan sekaligus melupakanNya.



KESIMPULAN

Seni Islam bukannya seni yang setakat menumpukan agama tetapi juga merangkumi kebudayaan Islam yang kaya dan berbagai-bagai. Ia seringnya menggunakan unsur sekular serta juga unsur yang tidak disukai oleh ahli teologi Islam, walau jika tidak diharamkan. Seni Islam berkembang daripada banyak sumber, dengan gaya-gaya seni Rom, seni Kristian awal, dan seni Byzantin diserap ke dalam seni dan seni bina Islam yang awal, khususnya seni Sassanid Parsi pra-Islam. Gaya Asia Tengah juga diserap menerusi serangan mendadak oleh pelbagai puak nomad. Seni Cina juga merupakan salah satu pengaruh yang penting dalam lukisan, tembikar, dan tekstil Islam."



Lukisan Islam mengandungi unsur-unsur berulang, misalnya penggunaan reka bentuk geometri berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalam gaya ulangan yang dikenali sebagai arabes. Arabes dalam lukisan Islam sering dipergunakan untuk melambangkan sifat Allah yang unggul, tidak terbahagi, dan tidak terbatas.[5] Kesilapan pengulangan dalam lukisan Islam mungkin disengajakan sebagai penampilan rendah hati oleh pelukisnya yang mempercayai bahawa hanya Allah dapat menghasilkan kesempurnaan. Walau bagaimanapun, teori ini telah dipertikaikan.

Kebanyakan penganut Islam Sunah Waljamaah dan penganut Islam Syiah mempercayai bahawa penggambaran makhluk umumya adalahharam. Bagaimanapun, lukisan yang berkenaan manusia boleh didapati pada seluruh zaman seni Islam. Perlambangan manusia bagi tujuanpenyembahan berhala diharamkan oleh hukum Islam yang dikenali sebagai Syariat. Meskipun begitu, terdapat banyak penggambaran Muhammad, Nabi utama Islam, dalam seni Islam sejarah





3655 patah perkataan

































APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Khairuddin Talib,(2011) HBAE3103 Kraf Tradisional, Open Universiti Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_Islam

2) http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html

3) http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=243:konsep-seni-menurut-perspektif-islam&catid=107:seni-dan-budaya&Itemid=347

4) http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php

5) http://www.zawiyahsam.com/?p=218





















































Sejarah Bahasa Melayu

SEJARAH BAHASA MELAYU




Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.



Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.



Definisi Bahasa Melayu Klasik



Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.





Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik

1. serius dan abadi nilainya. Contoh : dia tidak gemar kpd muzik.

2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh : sajak-sajak yg demikianlah

suatu ciptaan seni yg sempurna.

3. mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya

baru.

4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal). Satu contoh ialah Persidangan

Undang-Undang Laut.



Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini makna kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua perkara berbeza.





Sejarah Bahasa Melayu Klasik



Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.





Menurut Ismail Hussein, bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.



Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.



Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.





Sejarah Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.



Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunia

Kedua.



Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.



Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.



Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.











Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik



Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.



Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa. Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.





Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.





Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.





Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.





Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.





Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.





Batu Bersurat

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan

(b) 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.

(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.

(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.



Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini.





Svasti cri

cakavarsatita 605 ekadaci

cuklapaksa vulan vaicakha daputa

hyang nayik di samvau mangalap

siddhayatra

di saptami cuklapaksa

vulan jyestha dapunta hyang marlapas

dari minana Tamvar (Kamvar)

mamava yang vala dua laksa

ko dua ratus cara di samvau

dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna

datang di matada (nau) sukhacitta

di pancami cuklapaksa vulan asada

laghu mudita datang

marvuat vanua ... Crivijaya

jaya siddhayatra subhika ...



Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.

Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:



vulan = bulan

nayik = naik

samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)

mangalap = mengambil (maksudnya mencari)

marlapas = berlepas

mamava = membawa

vala = bala = balatentera

laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)

dangan = dengan

sarivu = seribu

tlu = telu = tiga

sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas

vanakna = banyaknya

sukhacitta = sukacita

marvuat = berbuat

vanua = benua = negeri

ko = ke



Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:



Selamat bahagia

pada tahun saka 605 hari kesebelas

dari bulan terang bulan waisaka daputa

baginda naik perahu mencari

rezeki

pada hari ketujuh bulan terang

bulan jyesta dapunta baginda berlepas

dari muara Kampar

membawa askar dua laksa

dua ratus orang di perahu

yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya

datang di matada dengan suka cita

pada hari kelima bulan terang bulan asada

dengan lega datang

membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

Batu Bersurat Talang Tuwo.



Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.





Zaman Bahasa Melayu Moden



Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.



Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.





Sejarah Bahasa Melayu Moden



Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.



Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.



Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.







PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN MODEN



Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulubahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut.





Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas.



Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut.



Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah

1. marcapada- dunia sekarang ini

2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi.

Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja.



KESIMPULAN

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglunatif , bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.



Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India , sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Laste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai “bahasa berkerja”. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani, tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.



RUJUKAN

1. http://jurnalpendidikan.com/bahasa/perkamusan-dan-terjemahan/perbezaan-bahasa-melayu-klasik-dan-bahasa-melayu-moden.html

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

3. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuno%3B&d=10

4. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=klasik&d=10

5. http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

6. http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html