Wednesday, October 29, 2014

sejarah perahu layar

PERAHU LAYAR


Sejarah Sukan Perahu Layar
Sejarah sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844 dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun 1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sukan Perahu Layar Dimainkan
Sukan Perahu layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat. Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.
Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.

Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.

Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.

Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah ''eye at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.

Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitman mengawal kebanyakan tali yang akan menentukan arah layar.

No comments: