Friday, December 7, 2012
HBML4403
1. PENGENALAN
Dari segi bahasa, perkataan media berasal dari bahasa Latin "Medius" yang bererti tengah, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab pula , perkataan media bermaksud perantara atau pengantar pesanan dari pengirim kepada penerima pesan.
Pengertian Media menurut Purnamawati dan Eldarni (2001 : 4), Media merupakan segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan dari pengirim ke penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian dan minat.
Selain itu, AECT (Association of Education and Communication Technology, 1977) memberi batasan tentang media sebagai segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesan atau informasi. Heinich, dan kawan-kawan menjelaskan bahwa istilah Medium sebagai perantara yang mengantar informasi antara sumber dan penerima.
Hamidjojo dalam Latuheru (1993), memberi batasan media sebagai semua bentuk perantara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan atau menyebarkan ide, gagasan, atau pendapat sehingga dapat sampai ke penerima yang dituju.
Tujuan penggunaan media adalah efektivitas dan efisiensi dalam kegiatan belajar mengajar, meningkatkan motivasi belajar pelajar, variasi metode pembelajaran, dan peningkatan aktivasi pelajar dalam kegiatan belajar mengajar.
Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.
MATLAMAT PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN
Membuat Pengajaran Lebih Tersusun
Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluaan pembelajaran.
Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan.
Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat
Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas.
Memperkayakan pengalaman
Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu.
Pembelajaran Lebih Seronok
Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak.
Pengajaran Lebih Bersifat Individu
Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.
2. FAKTOR PEMILIHAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA
Dengan perkembangan dunia teknologi dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa, perkembangan dan penggunaan komputer memang tidak dapat dipisahkan lagi. Ciptaan berteknologi dapat memudahkan pekerjaan seharian manusia. Maka, lahirlah suatu generasi bermaklumat yang hidup di zaman yang boleh digelar “Era Informasi dan Maklumat”.
Kemajuan penciptaan dan inovasi teknologi komunikasi dan maklumat ini, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan mudah untuk difahami dan diaplikasikan oleh guru dan juga pelajar. Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti. Penggunaan komputer serta teknologi terkini yang lain dalam bidang pendidikan telah digunakan secara meluas serta mempunyai potensi yang besar untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Guru-guru telah menggunakan komputer untuk menayangkan video pendidikan yang dipancarkan menggunakan projector LCD. Berbanding pada masa dahulu, guru hanya menayangkan gambar atau slaid-slaid berkaitan dengan pengajaran menggunakan projektor overhed atau kad-kad imbasan. Di sini gambar hidup ditayangkan terus kepada pelajar. Ianya membawa dimensi baru kepada dunia pengajaran dan pembelajaran.
Namun, dengan perkembangan dan pembangunan perisian multimedia yang sangat maju dan menarik telah menjadi fokus pihak kerajaan dalam memperkasakan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknoloji computer sebegini.. Penggabungan media grafik, teks, audio, video dan animasi telah banyak dibangunkan oleh syarikat-syarikat perisian. Bahan-bahan yang dihasilkan ini secara teorinya, dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru, memudahkan pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan prestasi kerja dan pelajaran murid-murid. Penggunaan perisian multimedia bersifat dua hala, di mana perisian mampu memberikan maklum balas yang segera dan sesuai dengan kemampuan pelajar.
Guru-guru didedahkan dengan pelbagai perisian mengikut perkembangan masa. Perisian multimedia kini tidak lagi menjadi masalah bagi guru-guru dalam aplikasi pengajaran mereka. Dalam pengajaran guru-guru hanya perlu mengubah cara penyampaian pengajaran mereka menggunakan aplikasi komputer multimedia. Guru boleh memasukkan unsur-unsur baru seperti eleman audio, video, animasi mahupun teks yang menarik.
Oleh sebab perisian multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pembelajaran. Secara ringkas, melalui penggunaan perisian multimedia, pelajar dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa, tetapi menggunakan ketiga-tiga pancainderanya iaitu mata, telinga dan sentuhan secara aktif.
Melalui penggunaan perisian multimedia, bukan pelajar memperoleh ilmu bahasa, kemahiran menggunakan komputer juga dapat didedah dan dipupuk secara beransur-ansur. Hal ini menjadikan perisian multimedia lebih menarik dan berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan sumber gambar, grafik, video dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik. Supyan Husin (2000) menyatakan pelajar dapat mengingat 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Perisian komputer yang interaktif membolehkan pelajar mengalami penggunaan komputer dengan lebih terperinci.
Penggunaan kaedah pengajaran berdasarkan perisian multimedia ini mengubah cara pengajaran tradisional. Pelajar diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa meneroka perisian-perisian interaktif. Maklumat pula dapat disampaikan dengan lebih efektif dan mendalam sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Perisian multimedia sangat berguna dalam memperjelaskan konsep cara yang menarik melalui penggunaan dan pengabungan unsur-unsur audio, video dan sebagainya.
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di abad ini sepatutnya melibatkan penggunaan perisian-perisian multimedia yang sesuai dengan tujuan pendidikan. Guru bahasa Melayu perlu mempraktikkan penggunaan perisian multimedia sebagai salah satu daripada pelbagai strategi yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan perisian multimedia seperti yang dinyatakan oleh penyelidik, penulis ilmiah dan tokoh-tokoh pendidikan boleh melaksanakan peranan yang sukar dilaksanakan dengan kaedah tradisional. Teknik pengajaran menggunakan peralatan canggik dan multimedia akan dapat menarik minat pelajar untuk mendalami tentang apa yang mereka pelajari. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran secara terancang, berfikrah, tersusun dan bersesuaian berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Dengan penggunaaan bahan multimedia, secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Motivasi pelajar akan berada didalam keadaan yang paling memberangsangkan. Pencapaian murid diharapkan akan lebih meningkat kerana suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik.Penggunaan ICT ini membolehkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Ini menjelaskan kepentingan penggunaan komputer, internet dan perisian produktif untuk tujuan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan berkomunikasi perlu digalakkan terutama di kalangan guru (Hizral Tazzrif Hashim, 2002). Maka dalam konteks kajian ini kaitan dengan penggunaan ICT ini ialah termasuklah penggunaan multimedia yang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Perasaan bosan dengan kaedah pengajaran cara lama akan hilang. Pelajar akan lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar.
Norazah Mohd. Nordin, 2004 dalam kertas kerjanya di Persidangan E-Pembelajaran Kebangsaan ke-24, multimedia juga disebut media pengajaran. Media pengajaran juga merupakan sub komponen dalam teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran agar lebih menarik dan berkesan.
Multimedia adalah penggunaan teks, gambar, audio atau video untuk menyampaikan maklumat. Di antara bahan-bahan multimedia termasuklah permainan, program pendidikan dan maklumat korporat. Maklumat spesifik bagi suatu bahan multimedia terdapat dalam bentuk teks, gambar atau grafik, audio dan video. Media pengajaran dan pembelajaran dikaitkan pula dengan pengajaran berbantukan komputer menggunakan perisian multimedia di dalam kelas dan di luar kelas.
Manakala multimedia yang dipaparkan daripada sistem komputer yang mempunyai keupayaan multimedia menambahkan elemen interaktif kepada paparan multimedia tersebut. Ini membolehkan pengguna komputer tersebut berinteraksi dengan persembahan multimedia tersebut dan menentukan paparan apa yang akan ditunjukkan seterusnya. Perisian persembahan grafik Microsoft Power Point mampu menghasilkan persembahan berbentuk multimedia di mana pengguna boleh berinteraksi dengan persembahan tersebut.
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, teks, grafik dan animasi (Lingard, 2001). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan.
Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.
Komputer juga adalah sebagai alat yang berkemampuan mengubah pengetahuan dan pandangan kita terhadap realiti, sistem pendidikan dan alam perniagaan. Penerokaan, penelitian dan pilihan topik dalam sesuatu pakej multimedia, para pelajar bukan sahaja dapat mengakses kepada maklumat secara lebih meluas, tetapi juga berkeupayaan untuk memahami pengertian sesuatu konsep dengan lebih mendalam. Teks dalam program komputer menjadi lebih dinamik dengan bantuan grafik, warna, video dan animasi. Satu kajian didapati bahawa warna dan grafik beranimasi memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran para pelajar. Penggunaan perisian multimedia membenarkan pelajar menjadi lebih aktif dan berkemampuan mengawal mengakses pengetahuan mereka. Di samping itu, para pelajar juga berupaya memanipulasi jumlah maklumat yang lebih besar untuk meningkatkan daya pembelajaran mereka. Penglibatan para pelajar lebih memberangsangkan dan pelajar menjadi lebih aktif. Ciri interaktif komputer membolehkan para pelajar menjadi lebih aktif berbanding sebagai pemerhati yang pasif lalu dapat mewujudkan suasana pembelajaran visual dan verbal. Kemahiran belajar sendiri akan wujud sekiranya penggunaan multimedia dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan guru. Kemahiran menggunakan komputer adalah penting.
Penggunaan komputer sebagai media pengajaran dapat memotivasikan minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan lebih berkesan serta objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mendapati beberapa kelebihan multimedia dalam pendidikan di mana pencapaian kepada maklumat bergantung kepada keperluan berbanding dengan ciri-ciri media yang digunakan. Kemahiran mengekses bahan dari internet dan multimedia sebagai media pengajaran juga merupakan sebagai pendorong dan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Ini akan dapat menarik minat pelajar dan ransangan kepada motivasi pelajar akan wujud.
3. RASIONAL PEMILIHAN MEDIA KOMPUTER
Ada pelbagai kaedah pengajaran yang dapat dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pengajaran yang menggunakan perisian multimedia dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada cara pengajaran yang lebih moden dan terkini. Ini sejajar dengan perkembangan masa dan peredaran zaman. Segala maklumat p dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih baik dan berkesan. Perisian multimedia sangat berguna dalam memperjelaskan konsep cara yang menarik melalui penggunaan dan pengabungan unsur-unsur audio, video dan sebagainya. Pelajar diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa meneroka perisian-perisian interaktif. Penggunaan bahan multimedia jaga akan dapat membantu menambah pengetahuan murid dengan lebih jelas dan berkesan.
Melalui pengggunaan perisian multimedia para pelajar akan mendapat pengalaman baru. Pengajaran guru menggunakan perisian multimedia menolong pelajar mengetahui pelbagai isi pelajaran dengan cara yang lebih mendalam dan berbagai-bagai animasi dapat dipaparkan pada skrin komputer. Pelajar akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.
Pengajaran berbantukan komputer dengan menggunakan perisian multimedia berupaya mempelbagaikan kaedah dan kegiatan pelajar di dalam kelas. Melalui tayangan LCD untuk sesuatu kemahiran belajar menerusi paparan skrin komputer, guru boleh menggabungkan nyayian dengan menggunakan audio dan visual. Bahan yang ada akan menjadikan seseorang guru itu lebih kreatif dan kritis. Pelajar akan lebih mudah faham dengan penayangan video dan bahan akan dimuat turun dari internet. Pengajaran akan menjadi lebih jelas dan menarik.
Penggunaan bahan multimedia secara maksima juga akan mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar berbanding alat bantu yang sering digunakan oleh guru di dalam kelas. Pelajar akan lebih mudah untuk memahami dan mmengingati kemahiran belajar yang diajar menggunakan bahan multimedia. Contohnya dengan menayangkan gambar atau tayangan video kepada pelajar, ini akan mendekatkan pelajar kepada peristiwa sebenar isi pengajaran yang hendak diajar.
Pengajaran berbantukan komputer terbukti berjaya menyeronokkan dan merangsang minat pelajar.Berdasarkan pengalaman mengajar terbukti bahawa penggunaan perisian multimedia penting dalam usaha memberi rangsangan, keseronokan dan minat pelajar. Ia juga mampu menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu konsep atau maklumat bagi menjamin keberkesanan dalam proses penyampaian ilmu. Guru dapat mempelbagaikan pengalaman pembelajaran, misalnya kerana hendak menambahbaikkan akses kepada pembelajaran, atau memotivasi murid belajar dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
4. PENGAPLIKSIAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan adalah salah satu daripada kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Andainya teliti dengan mendalam terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Setiap kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Proses ini akan berlaku berulang-ulang. Melalui perkembangan multimedia, penutur akan meniru dari bahan multimedia seperti radio keset, cakera padat, You Tube dan sebagainya. kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.
Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Penutur akan dapat belajar bertutur dengan sendiri contohnya dengan menyanyi untuk membetulkan nada dan intonasi. Penutur akan belajar sendiri.
4.2 Kemahiran Menulis
Dengan adanya kemudahan multimedia di sekolah, kemahiran menulis akan dapat diperkembangkan. Banyak perisian yang ada sekarang ini memerlukan kemahiran menulis. Pelajar memerlukan untuk mengenal huruf dan nombor. Umpamanya untuk menulis kata laluan untuk memulakan setiap sesi komputer. Dengan ini kemahiran menaip dan menulis akan dapat di ajar secara tidak langsung. Jadi kemahiran menulis akan menjadi perlu dan wajib kepada setiap pengguna komputer.
Selain daripada itu, ruangan sembang di internet juga akan dapat menambahkan kemahiran menulis kepada pelajar. , dikemukakan topik atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis. Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut. Kemahiran menulis akan berkembang selari dengan kemahiran menggunakan komputer. Contohnya ruangan Yahoo Massenger, Skype dan Facebook. Ruangan yang menyeronokan pelajar dan dewasa.
Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, telah sediakan laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan peribahasa. Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk menulis atau untuk perbualan sehari-hari. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh bersajak. Ini tentunya akan dapat menarik minat untuk menulis dan proses menulis akan berkembang secara automatik.
4.3 Kemahiran Membaca
Dengan adanya kemudahan multimedia di sekolah, kemahiran membaca akan dapat diperkembangkan dengan jayanya. Proses membaca akan wujud dan berjaya menarik minat pelajar. Ini adalah kerana kaedah canggih seperti penggunaan komputer akan menarik minat pelajar. Banyak perisian yang ada sekarang ini memerlukan kemahiran membaca. Pelajar membaca sesuatu dari komuter untuk mendapatkan maklumat. Contohnya dari internet. Ini akan menarik minat pelajar . Umpamanya untuk menulis kata laluan untuk memulakan setiap sesi komputer pelajar perlu membaca arahan.. Dengan ini kemahiran menaip dan menulis akan dapat di ajar secara tidak langsung. Jadi kemahiran membaca akan menjadi perlu dan wajib kepada setiap pengguna komputer.
Perisian cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu misalnya, disediakan audio dan teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu pelajar menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan masing-masing.Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari.
Proses pembelajaran membaca akan dapat berkembang dengan positif dan dapat menarik minat pelajar sekiranya penggunaan multimedia ini dapat diamalkan secara maksima dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 21 Julai 2012
Masa : 1015 pagi – 1115 pagi
Tahun : 2 Bestari
Bilangan murid : 25 0rang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kebersihan Diri
Tajuk : Bilik Mandi
Hasil pembelajaran
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks.
ii. Mengeja perkataan dengan betul berdasarkan bahan rujukan.
iii. Mencirikan gambar dengan kegunaannya dengan betul.
Fokus utama :
Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.
Aras 1 : merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada perkataan yang didengar.
Fokus sampingan:
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks.
Aras 1 : menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar.
Kemahiran bahasa : mengeja, memahami dan bertutur.
Sistem bahasa : i. Ejaan
ii. sebutan dan intonasi
iii. Kosa kata
pengisian kurikulum : Ilmu : kesihatan
:Nilai : kebersihan diri
: Kemahiran berfikir : mengenal pasti dan mencirikan
: Kemahiran belajar : mengumpul maklumat.
Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik
Bahan bantu mengajar : gambar, LCD, komputer dan internet
Langkah / masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Set induksi
( 5 minit )
Contoh soalan :
Apakah yang kamu lakukan selepas ?
Berapa kali dalam sehari kamu megosok gigi?
Berapa kali kamu mandi sehari?
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
2.
. Guru menayangkan lirik lagu “ bangun pagi “
Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut berserta gaya.
BBM
LCD, teks
Nilai
Keberanian
Langkah 1
( 8 minit ) Mengeja:
Berus gigi
Syampu
Tuala
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span
Gayung
1. Guru menayangkan 8 gambar alatan membersihakan diri.
2. Guru meminta murid menamakan alatan tersebut.
3. Guru meminta murid mengeja gambar alatan yang di pamerkan dengan merujuk kamus bergambar.
4. Guru menyemak ejaan murid. BBM
Kamus bergambar, LCD projektor, komputer.
KBKK
Mencirikan
Menjana idea
Nilai
Kegigihan
Keberanian
Langkah 2
( 8 minit ) Menyatakan kegunaan alatan
Berus gigi
Syampu
Tuala
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span
Gayung
1. Guru menayangkan gambar alatan membersihkan diri.
2. Guru meminta murid menyatakan secara lisan kegunaan alatan tesebut.
3. Guru memberikan latihan kepada murid. BBM
Lcd projektor, komputer, gambar.
KBKK
Mencirikan
Mengenal pasti fakta
Nilai
Rasional
Kebersihan mental dan fizikal
Langkah 3
( 6 minit )
Rujuk lampiran
1 Guru menayangkan lirik lagu “bangun pagi “ kepada murid.
2. Guru meminta murid mengisi tempat kosong soalan yang diberikan
3. Guru menyemak jawapan bersama- sama murid.
BBM
Teks, lcd projektor
KBKK
Menyusun atur
Menjana idea
Nilai
Rasional
Berdikari
Penutup
( 3 minit )
1. Guru menyimpulkan isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru menerapkan nilai- nilai murni kepada murid supaya menjaga kebersihan diri. Nilai
Kebersihan mental dan fizikal
kerajinan
5. RUMUSAN
Penggunaan bahan multimedia memang tidak dapat dinafikan sekarang ini. Walau dimana kita berada, komputer dan telefon pintar akan tetap dibawa. Ini seiring dengan peredaran masa dan semua manusia dianggap memerlukan kemudahan multimedia sekarang ini. Banyak usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. Ini untuk memastikan teknologi maklumat dapat berkembang dengan jayanya.
Dasar kerajaan negeri Terengganu menyediakan juru teknik komputer dan E-book kepada pelajar ternyata sangat berkesan untuk membantu perkembangan multimedia di sekolah. Oleh yang demikian tidak dinafikan bahawa penggunaan multimedia sangat penting dalam kehidupan harian kita. Ini termasuk dalam bidang pendidikan yang sedia dan sedang berkembang pesat sejak kebelakangan ini.
Guru-guru pula perlu peka dan sensitif dengan perkembangan komunikasi dan multimedia yang terkini. Ini untuk memastikan bidang pendidikan tidak ketinggalan semua input dan teknologi terkini. Guru guru perlu sedar bahawa murid dan guru perlu berubah mengikut perkembangan multimedia yang sedia ada dan tidak dianggap kuno. Oleh yang demikian penggunaan multimedia sangat penting dalam pengajaran supaya kemahiran yang diajar mudah difahami oleh murid. Penggunaan perisian dan alatan terkini juga perlu untuk membantu proses pengajaran di dalam kelas. Ini supaya setiap objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan.
xsaimen terakhir di OUM
Pengertian Teknik Simulasi
Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Simulasi dapat diartikan sebagai meniru suatu sistem nyata yang kompleks yang penuh dengan sifat probabilistik, tanpa harus mengalami keadaan yang sesungguhnya .
Hal ini dapat dilakukan dengan membuat sebuah miniature yang representative dan valid denagn tujuan sampling dan survey statistik pada sistem nyata dapat dilakukan pada tiruan ini. Proses simulasi juga berhubungan dengan penyusunan tiruan sistem denagn menggunakan interaksi antar bilangan ramdom yang menuruti distribusi dari pola data tertentu. Sehingga diperlukan suatu distribusi tertentu untuk mensimulasikan suatu sistem. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan..
Berdasarkan dari sumber-sumber yang didapat dapat diambil suatu kesimpulan bahawa simulasi adalah tiruan dari dari suatu system untuk melakukan eksperimen pada komputer yang menggunakan model tertentu untuk menjelaskan perilaku bisnis atau ekonomi pada suatu periode tertentu. Dan dari beberap sumber mengenai definisi simulasi adalah sebagai berikut: (Banks (Banks 1998)). Simulasi adalah tiruan dari proses dunia nyata atau sistem. Simulasi menyangkut pembangkitan proses serta penga- matan dari proses untuk menarik kesimpulan dari sistem yang diwakili (Nailor (1966) dalam Rubinstein & Melamed (Melamed 1998)).Simulasi adalah tehnik numerik untuk melakukan eksperimen pada komputer, yang melibatkan jenis matematika dan model tertentu yang menjelaskan pri- laku bisnis atau ekonomi pada suatu periode waktu tertentu.
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasimembolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.
Tujuannya ialah untuk menjalankan latihandemi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yangditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yangrumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan.
Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktivitilakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru
Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktivitimain peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkansitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan olehguru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yangringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akandihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilihsesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main perananini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat didalam bilik darjah.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan makaguru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:
-1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
2.Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
3-Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akanmenjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4-Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada merekayang dipilih untuk terlebih dahulu.
5-Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.
6-Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu
7-Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentangcara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
8-Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran
.Tujuan-tujuan simulasi.
Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan situasi seakan-akan sebenar. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja diwujudkan, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator. Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:
1.Untuk menguasi kemahiran
Simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktivit lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakansebutan yang tepat.
Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis
Semasa menjalankan aktivitilakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.
Untuk membina sikap positif
Memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itudapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.
Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif
Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilaidan sikap orang lain.
-
Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah
: misalnya, untuk menjelaskan konsep µdrmokrasi¶ murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi- pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
-
Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran
Teknik simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaankemahiran bahasa dengan berkesan
(1) melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian
(2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip
(3) melatih memecahkan masalah
(4) meningkatkan keaktifan belajar
(5) memberikan motivasi belajar kepada murid
(6) melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi kelompok
(7) menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan murid
(8) melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 24 April 2012
Masa : 7.45 ± 8.45 pagi(60 minit)
Tahun : 6 Bijaksana
Bilangan murid : 36 orang
Tema: Pertanian
Tajuk : Buah-buahan
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
i. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untukmendapatkan keyakinan dalam berurus niaga
ii. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yangdilaksanakan.
iii. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan kelebihanbuah-buahan, kemudian membuat peta minda.
Fokus Utama
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankantransaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangandan perkhidmatan.
Aras 3 (i) Memujuk dengan ayat dan intonasi yang sesuai untukmendapatkan keyakinan semasa berurusan.
Fokus sampingan
9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahanyang didengar dan dibaca.
Aras 1 (i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperolah.
Sistem Bahasa :
kemahiran menulis, bertutur dan mendengar.Tatabahasa :
Pengisian kurikulum :
Mencintai buah-buahan tempatan
Kemahiran Bernilai Tambah
:i) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea
ii) Kemahiran Belajar : Memberi maklumat
iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan Emosi.
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah merasai musim buah-buahan dikampung.
Bahan Bantu Mengajar :
1. LCD
2. Lirik lagu buah-buahan
3. Cakera padat multimedia lagu dan bunyian
4. Kad situasi
5. Borang pemarkahan simulasi
6. Petikan kelebihan buah-buahan
7. Borang pengumpulan maklumat
Isi pengajaran Aktiviti Catatan
Set induksi
(5 minit)
Lagu buah-buahan -murid diberi keratan lagu tema buah-buahan.
-guru memainkan lagu tema buah-buahan.
-murid menyanyi lagu tema bersama guru.
Tayangan lcd dan keratan lagu.
Langkah 1
(10 minit)
Melakonkan main peranan.
Murid diminta berpecah kepada 6 kumpulan yang ditentukan oleh guru.
- Guru memberi sekeping kad situasi kepada setiap murid yang berkaitan dengan urusniaga di pasar malam bagi setiap kumpulan beserta sehelai borang pemarkahan main peranan
Setiap kumpulan perlumembentangkan dan membuat simulasi urusniaga di pasar malam di hadapan kelas.
- Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul untuk memujuk dan meyakinkan para pelanggan mereka.
- Simulasi diikuti dengan kumpulan seterusnya.
Langkah 2
(15 minit)
Menilai dan menkritik
-Setiap kumpulan perlu menilai hasil lakonansetiap kumpulan yang lain.
- Wakil setiap kumpulan yang menonton simulasi tersebut perlu membuat kritikan ke atas lakonan simulasi kumpulan-kumpulan lain
- Guru mengkritik dan
memperbetulkan sebutan dan intonasi murid yang salah.
-Borang pemarkahan perlu diisi dan dipenuhkan oleh murid dan dihantarkan kepada guru
- Guru membuat rumusan dan penilaian aktiviti tersebut.
Langkah 3
(15 minit)
Mengumpul maklumat
-murid diminta membentuk kumpulan semula.
-setiap kumpulan diberi petikan kad buah durian dan sekeping kad pengumpulan maklumat.
- Murid diminta mengeluarkan maklumat berdasarkan teks dan mengisinya ke dalam borang yang telah diedarkan.
- Murid diminta menukar borang maklumat dengan kumpulan sebelah untuk menyemak jawapan dengan jawapan yang guru berikan.
Langkah 4
(10 minit)
-guru berbincang jawapan yang betul dengan murid.
-borang dikembalikan kepada kumpulan untuk dibuat pembetulan.
Penutup
(5minit)
Refleksi oleh guru dan murid
-Murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan pembelajaran hari ini.
- Guru menggalakkan murid untuk memilih buah-buahan tempatan.
- Guru membuatkesimpulan secarakeseluruhan.
- Murid-murid diminta menyanyikan lagu tema sekali lagi.
- Guru mengucapkan terima kasih.
.Kelebihan teknik pembelajaran simulasi di antaranya adalah:
Wina Sanjaya (2007) menyatakan bahawa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dengan menggunakan simulasi sebagai metode mengajar Simulasi dapat dijadikan sebagai pengalaman sebenar kepada pelajar dalam menghadapi situasi yang sebenarnya kelak, baik dalam kehidupan keluarga, masyarakat, maupun menghadapi dunia kerja. Teknik simulasi ini akan memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan oleh guru dan murid didalam kelas. Murid akan cuba untuk menyelesaikan masalah terebut dengan spontan . ini akan membuka minda murid untuk berfikir dan bertindak. Cara berfikir pelajar akan lebih agresif dan bercambah dengan positif.
Teknik simulasi ini juga akan dapat mengembangkan kreativi guru dan murid. Ini kerana melalui teknik simulasi ini murid diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik atau situasi yang diajar. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Murid akan cuba menyelesaikan masalah dengan lebih terancang dan sempurna. Ini akan menjadikan pemikiran pelajar akan lebih matang dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Teknik simulasi dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan diri pelajar. Memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi ketika lakonan dijalankan. Simulasi dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dalam proses permbelajaran.
Teknik simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya teknik simulasi ini guru akan dapat mempelbagaikan teknik dan kaedah pembelajaran di dalam kelas. Murid dan guru akan lebih seronok dan objektif pembelajaran akan lebih mudah tercapai.
Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Walaupun teknik simulasi ini hanya melatih sebahagian kecil sahaja teknik berlakon, ianya ternyata member kesan yang besar terhadap mengasah bakat lakonan pelajar. Bakat- bakat baru akan dapat diasah melalui teknik ini di dalam kelas. Sebutan dan intonasi yang betul akan dapat diajar oleh guru semasa teknik ini dijalankan. Guru boleh memperbetulkan kesalahan sebutan dan intonasi supaya menjadi lebih baik semasa lakonan dijalankan. Begitu juga memek muka dan bahasa badan pelajar. Guru juga boleh mula mengasah bakat pelajar semasa teknik simulasi dijalankan didalam kelas. Ini akan memudahkan guru untuk mengasah bakat semulajadi murid dengan lebih berkesan dan murid yang berbakat boleh diketengahkan lagi.
Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran lisan pertuturan mereka. Bakat semulajadi murid akan dapat dikesan semasa proses pembelajaran dilakukan. Murid akan lebih berani dan berkeyakinan untuk melontarkan idea masing masing. Apa yang terpendam akan dikeluarkan oleh murid secara tidak langsung semasa teknik simulasi dijalankan. Selain menggalakkan interaksi di antara guru dan murid,interaksi antara murid dan murid lain. Teknik ini juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. Hubungan dengan kawan-kawan akan dapat dipereratkan lagi. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.
Teknik ini juga terbukti dapat mempereratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid dan murid dengan murid. Ini kerana semasa teknik ini dijalankan mereka akan bekerjasama dengan baik untuk menberikan hasil yang terbaik. Hubungan akrab ini amat penting untuk pembangunan sahsiah pelajar dan seterusnya akan dapat membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran dengan mudah.
Dari segi pengalaman secara individu, teknik ini memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.
Dari segi pengalaman dalam kumpulan, teknik simulasi pelajar dapat pengalaman sebenar dan dapat mengaplikasi dalam situasi tertentu yang berkaitan. Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif.
Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru. Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata.
Berdasarkan literature review (buku dan jurnal) Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh.
Kelemahan Teknik Pembelajaran Simulasi
Kelemahan model pembelajaran ini, di antaranya adalah pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan keadaan sebenar. Ini kerana teknik yang digunakan didalam kelas hanya sekadar meniru keadaan sebenar sahaja. Tambahan pula faktor persekitaran dan bahan yang sedia ada di dalam kelas yang digunakan semasa proses simulasi dijalankan. Ini kerana simulasi hanya seolah-olah meniru situasi sebenar sesuatu peristiwa dan dibawa masuk ke dalam kelas.
Pengelolaan yang kurang baik oleh pelajar akan menyebabkan simulasi menjadi kurang berkesan dan sering kali simulasi dijadikan sebagai alat hiburan, sehingga seolah-olah ditertawakan oleh pelajar dan tujuan pembelajaran menjadi terabaikan. Pelajar kurang mengambil serius semasa proses lakonan dijalankan.
Faktor psikologi seperti rasa malu dan takut sering mempengaruhi pelajar dalam melakukan simulasi. Ini akan menyebabkan kesan lakonan dan simulasi akan menjadi kurang. Ini terutamanya kepada pelajar luar Bandar yang amat kurang terdedah dengan budaya lakonan dan akan menjadi sesuatu yang baru kepada pelajar. Kurangnya keyakinan diri pelajar akan menjadikan teknik simulasi ini akan kurang menjadi dan akan timbul sedikit kucar-kacir di dalam kelas yang diajar.
Dari segi pengalaman secara individu, kejayaan menggunakan kaedah simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. Pelajar yang lebih banyak melibatkan diri lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan murid yang lain. Sementara pengalaman dalam kumpulan teknik ini tidak sesuai digunakan pada semua topik pengajaran tetapi hanya menjurus kepada topik-topik tertentu sahaja Bagi pelajar pendidikan khas,ianya agak sukar untuk mencapai objektif pembelajaran kerana mereka sukar untuk dikawal dan diuruskan. Tahap penguasaan yang berbeza juga menjadi kekangan utama kerana tidak boleh untuk 'synchronize' simulasi yang sama kepada semua pelajar. Pengalaman dari kumpulan lain kaedah ini melibatkan kombinasi kawasan-kawasan sekitar sekolah. Oleh itu, guru akan mengalami masalah dalam mengawal pelajar. Bagi kelas pelajar cerdas, guru mudah menguruskan mereka. Manakala, bagi kelas pelajar lemah, guru sukar untuk mengaplikasikan kaedah ini.
Oleh yang demikian, dapatlah di rumuskan bahawa teknik simulasi ini ada kelebihan dan kekurangan. Jadi guru sebagai pemudahcara di dalam kelas perlulah lebih peka dan kreatif untuk menilai setiap kebaikan dan kelemahan terhadap penggunaan teknik simulasi ini. Kebijaksanaan seseorang guru itu mengaplikasi teknik simulasi dengan setiap tajuk yang hendak hendak diajar itu amat penting untuk membantu pencapaian objektif pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebolehan seseorang guru untuk mengendalikan kelas semasa teknik ini dijalankan juga amat berguna. Apa yang paling penting ialah kesungguhan dan komitmen yang tinggi yang perlu ditunjukkan oleh guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk menjamin keberkesan dan objektif pengajaran tersebut boleh tercapai dan berkesan.
Subscribe to:
Posts (Atom)