Kenapa Pemimpin UMNO taknak mati dalam UMNO?
Pengasas UMNO sendiri taknak mati dalam UMNO. Datuk ONN mati diluar UMNO. Tunku Abdul Rahman selaku pengistihar kemerdekaan mati dalam perjuangan Parti Semangat 46, bukan dalam UMNO. Termasuk Hussein ONN. Dr Mahathir sendiri pun dah keluar dari UMNO tetapi membuat U-Turn semula. Itu pun ia menghamburkan kekecewaannya menyalahkan pemimpin yang "berjurus dan betul bendul"
Manusia ini biasanya apabila usia sudah dipenghujung, ketika keinginan untuk berkuasa, memiliki harta dan pengaruh nafsu sudah kendur, nescaya mereka akan membetulkan haluan kehidupan. Mereka akan memilih jalan pulang kepada Tuhannya. Mereka akan mula bertaubat. Itu kepada yang perjalanan hidup yang normal.
Lain dengan Parti PAS. Semenjak penubuhan Parti SERIKAT ISLAM 1926 di Beserah, Kuantan lagi ianya meletakkan asas... dan perjuangan yang selari dengan fitrah iaitu Islam. Cuma kembang dan kuncupnya perkembangan partinya tetapi asas pejuangan sentiasa subur.
sehingga pejuangan ke hari ini telah membariskan mereka-mereka yang sanggup memperjuangkan apa sahaja demi pejuangan bersama PAS ini. Harta-benda, masa, bahkan nyawa diberi percuma tanpa bayaran demi perjuangan PAS. Mereka juga sanggup dipenjara, dibuang daerah, ditukar jawatan, sanggup menghadapi kerenah dan tribulasi kezaliman pimpinan UMNO terhadap mereka. Kenapa?
Cuba Tanya para pemimpin UMNO dan pengikutnya? Kalau tiada wang adakah nadi UMNO kini akan berdenyut. Mustahil jawapnya. Kalau tahun 1946 dulu mungkin ya. Tetapi kini?? Parti Semangat 46 telah membuktikan. Apa nyawa UMNO di Kelantan? Duit! Duit! Duit! Di mana kau Duit! Sebab itulah apabila mereka sudah semakin tua dan duit sudah bukan matlamat… nescaya dia akan merasa boasan dan kecewa dengan pejuangan, masa, dan pengorbanan bersama UMNO selama ini. Apatah lagi pemimpin mereka bertelingakan satu dan lidahnya ada dua. Apa yang dirasai oleh Datuk Karim Ghani, itulah yang dirasai oleh ramai bekas ahli UMNO yang ramai mengganggotai PAS demi perjuangan fitrah dan demi kepentingan Islam. Perjuangan yang selesa sehingga kepenghujung usia. Pejuangan dari dunia membawa ke akhirat.