Wednesday, August 8, 2012

Sejarah Bahasa Melayu

SEJARAH BAHASA MELAYU




Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.



Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.



Definisi Bahasa Melayu Klasik



Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.





Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik

1. serius dan abadi nilainya. Contoh : dia tidak gemar kpd muzik.

2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh : sajak-sajak yg demikianlah

suatu ciptaan seni yg sempurna.

3. mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya

baru.

4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal). Satu contoh ialah Persidangan

Undang-Undang Laut.



Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini makna kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua perkara berbeza.





Sejarah Bahasa Melayu Klasik



Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.





Menurut Ismail Hussein, bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.



Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.



Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.





Sejarah Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.



Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunia

Kedua.



Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.



Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.



Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.











Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik



Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.



Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa. Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.





Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.





Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.





Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.





Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.





Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.





Batu Bersurat

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan

(b) 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.

(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.

(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.



Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini.





Svasti cri

cakavarsatita 605 ekadaci

cuklapaksa vulan vaicakha daputa

hyang nayik di samvau mangalap

siddhayatra

di saptami cuklapaksa

vulan jyestha dapunta hyang marlapas

dari minana Tamvar (Kamvar)

mamava yang vala dua laksa

ko dua ratus cara di samvau

dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna

datang di matada (nau) sukhacitta

di pancami cuklapaksa vulan asada

laghu mudita datang

marvuat vanua ... Crivijaya

jaya siddhayatra subhika ...



Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.

Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:



vulan = bulan

nayik = naik

samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)

mangalap = mengambil (maksudnya mencari)

marlapas = berlepas

mamava = membawa

vala = bala = balatentera

laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)

dangan = dengan

sarivu = seribu

tlu = telu = tiga

sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas

vanakna = banyaknya

sukhacitta = sukacita

marvuat = berbuat

vanua = benua = negeri

ko = ke



Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:



Selamat bahagia

pada tahun saka 605 hari kesebelas

dari bulan terang bulan waisaka daputa

baginda naik perahu mencari

rezeki

pada hari ketujuh bulan terang

bulan jyesta dapunta baginda berlepas

dari muara Kampar

membawa askar dua laksa

dua ratus orang di perahu

yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya

datang di matada dengan suka cita

pada hari kelima bulan terang bulan asada

dengan lega datang

membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

Batu Bersurat Talang Tuwo.



Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.





Zaman Bahasa Melayu Moden



Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.



Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.





Sejarah Bahasa Melayu Moden



Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.



Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.



Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.







PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN MODEN



Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulubahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut.





Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas.



Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut.



Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah

1. marcapada- dunia sekarang ini

2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi.

Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja.



KESIMPULAN

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglunatif , bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.



Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India , sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Laste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai “bahasa berkerja”. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani, tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.



RUJUKAN

1. http://jurnalpendidikan.com/bahasa/perkamusan-dan-terjemahan/perbezaan-bahasa-melayu-klasik-dan-bahasa-melayu-moden.html

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

3. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuno%3B&d=10

4. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=klasik&d=10

5. http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

6. http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html













Sejarah Perkembangan sastera




PENGENALAN

DEFINISI KESUSASTERAAN

Pelbagai definisi yang diberikan untuk mendapatkan makna yang sesuai kepada perkataan ‘kesusasteraan’. Hashim Awang menyatakan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.Untuk mengekalkan makna kesusasteraan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermakna kajian asal usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke...an’ untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti yang berikut:

Su = baik, indah, cantik, seni dan berguna.

Sastra = karya ( lisan/bertulis) atau buku.

Susastra = karya yang indah dan berguna.

Kesusasteraan = semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Berdasarkan daripada huraian-huraian tersebut, dapatlah dinyatakan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.





Pengenalan tokoh Dato` Dr Usman Awang

Tidak dapat dinafikan bahawa di Malaysia kita ini terdapat terlalu ramai tokoh sastera. Karya-karya mereka memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia sehingga sekarang ini.Jasa dan hasil mereka dalam perkembangan sastera memang tidak dapat dinafikan lagi. Antaranya ialah seperti Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi, Syed Syeikh Al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Shahnon Ahmad, Arena Wati, S. Othman Kelantan, A. Samad Said, Usman Awang, Abdullah Hussein dan Keris Mas. Tokoh-tokoh di atas telah banyak mewarnai perkembangan kesusateraan tanah Melayu sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Ramli Isin : 2004, antara lainnya beliau menyatakan “…Dunia sastera terhutang budi dengan sumbangan besar tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan bitara kreatif dan jagat kecendikiaan mereka dalam dunia kesusateraan Melayu. Sumbangan mereka cukup besar dan terpahat dalam lipatan sejarah dunia sastera”.

Untuk perkembangan dengan lebih jelas tentang sumbangan tokoh-tokoh kesusateraan Melayu ini, maka di sini dibawa seorang tokoh yang tidak asing lagi dan tersohor di alam kesusateraan Melayu kita masa kini iaitu Allahyarham Dato’ Dr.Usman Awang.





Biodata Usman Awang

Segah namanya Dato` Dr Usman Awang bukanlah satu nama asing dalam dunia kesusasteraan negara. Usman bin Awang lebih dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant telah diputerakan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada tanggal12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Beliau membesar dalam suasana kampong. Ayahnya berkerja seorang nelayan. Apabila musim tenkujuh dia akan mencari menjual rotan untuk menyara keluarga.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.



Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Beliau pernah menjadi petani, buruh paksa, polis, pembaca pruf, pemberita dan pengarang. Walau bagaimanapun, Usman Awang mempunyai minat membaca yang sangat tinggi. Sebagai pengarang yang produktif, Usman menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1982), penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (1983); dan penerima anugerah Sastera Negara (1983). Penerima Anugerah Sastera Negara (1983) ini memiliki beberapa nama pena seperti Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni dan U.A.



Usman Awang memulakan kerjaya sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.



MELANGKAH KE DUNIA PERSURATAN DAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu.

Kelembutan dan kemurnian bahasa yang digunakan menjadi wadah beliau untuk menjentik alam fikir dan perasaan masyarakat Melayu agar bangun dan menentang sebarang bentuk penjajahan, baik yang berupa lahiriah mahupun rohaniah. Kemiskinan yang dialami waktu kecil dan kepincangan yang diamati sejak era penjajahan British sehinggalah pendudukan Jepun memberi kesan yang mendalam kepadanya. Usman Awang menggunakan deria pengamatan terhadap liku-liku kesengsaraan yang dialami orang Melayu untuk mencapai hidup bahagia di tanah air sendiri. Penelitian dan pengalaman yang dilalui mendorong beliau untuk menyedarkan masyarakat khususnya bangsa Melayu agar bangkit dan memajukan diri sendiri baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.



Kesungguhan Usman Awang menyedarkan bangsa Melayu agar tidak lupa jati diri setelah mengecap nikmat kemerdekaan tanah air jelas menjelma dalam puisi “Tanah Melayu”. Puisi tersebut menyarankan rakyat Tanah Melayu supaya bersatu dalam membina negara bangsa yang kukuh dan tidak terus dibayangi kuasa asing yang tidak pun memikirkan nasib dan masa depan mereka.



Tahun 1962, Usman Awang telah diterima bekerja dengan Penerbitan Federal. Setahun kemudian beliau telah berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa,dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Jawatan terakhir beliau dengan Dewan Bahasa ialah Ketua Bahagian Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera mulai Mei 1982 ini sehingga Jawatan ini disandang sehingga beliau bersara pada bulan Julai 1985. Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

Demi menghargai jasa dan sumbangan beliau yang amat banyak dalam bidang sastera, Usman Awang telah dianugerahi gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1991.



Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun



2.0 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN DAN PENDIDIKAN

Setelah hampir sedekad Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai.. Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain.

Berita Perdana RTM 1 malam 29 November menyebut Usman seorang yang cenderung kepada gerakan kiri dalam perjuangan seni dan politik beliau. Persahabatannya dengan Dr Syed Husin Ali, bagaimana pemimpin gerakan pelajar berlindung di rumahnya ketika kecoh Rusuhan Baling, dan antara yang menjadi lagenda ialah himpunan puisi Telok Gong yang beliau kelolakan bagi membela nasib petani dan mengkritik kerajaan Selangor dalam tahun 60 an. Malah ramai yang tahu Usman antara yang di belakang Mogok Utusan bagi membantah campur tangan kuasa dalam media.

Terlalu banyak sudah orang menyebut kehebatan beliau dalam dunia penulisan. Tak cukup kertas dan dakwat untuk dinukilkan kesenimanan beliau ini. Semua orang ada kenangan dengan Dato Usman. Banyak atau sedikit, semuanya penuh bahagia, semuanya manis. Begitulah Usman yang ikhlas dalam dunianya. Maka bersemadilah seorang pembela kemanusiaan yang paling diraikan. Usman rasa saya, adalah Sasterawan Negara yang paling dikenali oleh masyarakat bukan Melayu. Puisi-puisi bertema kemanusiaannya menyeberang batasan etnik, batasan agama

Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.Dato' Usman Awang, penyairyang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.





Sumbangan Usman Awang

Usman Awang mula mencipta namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman Awang terkenal sebagai penyair yang kaya dengan puisi-puisi romantis. Beliau masyhur dengan bahasa yang indah, lembut dan menyenangkan. Keunggulan Usman Awang sebagai pencetus semangat kebangsaan dan pejuang kemerdekaan lewat karyanya jarang diketahui, khususnya oleh angkatan sasterawan muda. Sedangkan, usaha menjejaki sejarah kehidupan Usman Awang akan menemukan khalayak dengan liku-liku perjuangan serta semangat cinta negara yang besar dan mekar di dalam dirinya.



Keindahan, kelembutan dan kemurnian bahasa yang digunakan menjadi wadah beliau untuk menjentik alam fikir dan perasaan masyarakat Melayu agar bangun dan menentang sebarang bentuk penjajahan, baik yang berupa lahiriah mahupun rohaniah. Kemiskinan yang dialami waktu kecil dan kepincangan yang diamati sejak era penjajahan British sehinggalah pendudukan Jepun memberi kesan yang mendalam kepadanya. Usman Awang menggunakan deria pengamatan terhadap liku-liku kesengsaraan yang dialami orang Melayu untuk mencapai hidup bahagia di tanah air sendiri.

Penelitian dan pengalaman yang dilalui mendorong beliau untuk menyedarkan masyarakat khususnya bangsa Melayu agar bangkit dan memajukan diri sendiri baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Kesungguhan Usman Awang menyedarkan bangsa Melayu agar tidak lupa jati diri setelah mengecap nikmat kemerdekaan tanah air jelas menjelma dalam puisi “Tanah Melayu”.



Usman Awang pernah diundang melawat keluar negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara. Sepanjang lawatan keluar negara telah banyak menyemarakkan idea dan krativiti dalam menghasilkan bahan karyanya.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat. Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor.



Antara karya-karya tersohor beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

Dato' Usman Awang merupakan seorang penulis yang berani melontarkan idea dan menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis sejati apabila seseorang penulis itu berani menyatakan sikap . Kalau tak berani tak payah jadi penulis. Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”



Karya-karya tersohor Dato`Dr Usman Awang

Nama Usman Awang telah tercipta dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa mekar segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Sajak-sajaknya sentiasa bermain dalam ingatan dan sering kali diperdengarkan di majlis-majlis rasmi. Keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik minat pendengar, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak.

Antara sajak-sajak beliau yang cukup tersohor ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.Di antara karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ Usman Awang ini adalah sebuah drama muzikal yang pada zahirnya drama ini adalah sebuah kisah cinta antara dua sejoli bernama Uda dan Dara.Idea awalnya daripada sebuah sajak yang beliau tulis pada 1956 bertajuk ‘Gadis Di Kuburan’. Kemudian diolah menjadi sebuah cerpen bertajuk ‘Uda dan Dara’. Pada 1972 cerpen itu dijadikan sebuah drama untuk persembahan TV dan seterusnya dipentaskan sebagai ‘Muzika Uda dan Dara’ , musikal pertama di Malaysia, 1972.



Sajak Uda dan Dara

Uda dan Dara

Bertemu wajah rasa

Burung-burung menyanyikannya

Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi

Melindungi kasih sayang agung dan murni.

Uda dan Dara

Bersumpah keramat cinta

Kering lautan runtuh langit

Terbelah gunung gugur matahari

Berdua bersama berdua sehidup semati.

Uda dan Dara

Bersanding tak berpelamin

Berijabkabul malam bening

Pohon-pohon mewali laut malam saksi

Malam bersatu kiamatlah alam dua hati.





Sajak Guru Oh Guru. Dicipta oleh Dato` Usman Awang pada tahun 1979.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.





Hasil penulisan

Berikut adalah antara hasil-hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :

• Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.

• Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.

• Kami yang terlibat : DBP, 2006.

• Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.

• Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.

• Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004

• Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors,

• Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP.

• Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.



Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah

• Bunga Popi

• Gadis Kecil

• Ke Makam Bonda

• Kekasih

• Kurang Ajar

• Pak Utih

• Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

• Matinya Seorang Pahlawan

• Tamu Bukit Kenny

• Serunai Malam

• Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)



Puisi-puisi lain beliau telah dibukukan dalam antologi-antologi berikut :



• Gelombang, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 96 hlm. Diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

• Puisi Baru Melayu 1942- 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 266 hlm.

• Duri dan Api, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 95 hlm.

• Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.

• Sajak-sajak Melayu Baru/ Moden Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1969 (cetakan keempat), 135 hlm, (cetakan pertama 1963).

• Suara Tujuh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Setia murni, 1969, 74 hlm ,GAPENA,1975, 57 hlm.

• Titian Zaman (Peny. Bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168 hlm.

• Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,168 hlm.

• Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.

• Salam Benua: Greetings to the Continent (dwibahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 95 hlm.

• Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1986, 132 hlm.

Terjemahan ke dalam bahasa Rusia





Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)

• Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny Almanakh (Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267

• Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963.

• Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.

• Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B. Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.









Mengabadikan nama Dato`Usman Awang

Demi menghargai jasa dan sumbangan beliau yang tidak terhingga dalam bidang kesusasteraan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabdikan nama beliau yang gah tersohor kepada sebuah sekolah menengah di Taman Perling, Johor Bahru . Sekolah tersebut dinamakan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Usman Awang, semperna nama beliau.





Kesimpulan

Sumbangan dan karya Usman Awang dalam dunia persuratan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Maka, oleh yang demikian itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di pelbagai peringkat dan golongan. Ketokohan Usman Awang juga menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman ditaksirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfaham sosialis.Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita.



Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan. Allahyarham berkarya atas nama kemanusiaan serta kesejagatan.Persoalan besar yang sentiasa diutarakan oleh Allahyarham ialah, bagaimana pengarang menjadi lidah masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan mereka kepada kelompok yang berkuasa.

Bagaimanapun, Allahyarham tidak meletakkan ‘perjuangan’ masyarakat bawahan dalam wacana konflik. Sebaliknya, ia disampaikan melalui ketajaman pena dan kehalusan kata. Sebagai pembaca, kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam karya-karya berbau penentangan dan kekerasan. Sebaliknya, keadilan dituntut melalui kejernihan akal rasional. Mengikuti perkembangan karya-karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, menyebabkan kita berasa tersentuh dengan sinis dan tegurannya . Kita seharusnya perlu berterima kasih kerana Allahyarham memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri. Sememangnya Allahyarham adalah sebutir intan berjiwa sastera di dalam sejarah kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti.



Oleh itu, karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana jiwa kemelayuan itu sendiri. Melayu menikam tanpa menumpahkan darah, Melayu menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain bahasa. Allahyarham merupakan permata intelektual Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri bangsanya. Kata-kata dalam puisinya adalah lambang kepesatan kesusasteraan Melayu sejati sehingga kini.Sehingga ke hari ini, setelah enam tahun pemergiannya, perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi dan akan terus dikenang sepanjang zaman. Begitu juga ketajaman pena dan kehalusan bahasa beliau tidak pernah mati mengikuti jasadnya malahan terus berkembang dan terus berkembang.



Saturday, May 19, 2012

 Sebelum masuk.
 akak n amjad









waser puas ati ngguh g maing ngan budok2 d bukit gambang.

hari keluarga d Pulau Kapas

 Dalam feri dok sabar nok mandi di pulau kapas.
 Amjad dok sabo2 nok mandi

 bot mencandat
 syoknya haziq mandi laut



 pemenang pertandingan pakaian dari akhbar 2012....haziq


Saturday, April 21, 2012

Sepohon Kayu Sepohon kayu, daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami bekerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami sembahyang fardu sembahyang Sunatpun ada bukan sembarang Supaya Allah menjadi sayang Kami bekerja hatilah riang Kami sembahyang limalah waktu Siang dan malam sudahlah tentu Hidup dikubur yatim piatu Tinggalah seorang dipukul dipalu Dipukul dipalu sehari-hari Barulah dia sedarkan diri Hidup didunia tiada berarti Akhirat disana sangatlah rugi

Sunday, April 15, 2012

DRX4 Ranggok







anak-anak ranggok
Amjad: Jom gi tengok jip kuning ranggok

Sombongkah kita?

✿~ Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong..Rasulullah s....a.w NAIK KE LANGIT pun TIDAK SOMBONG..
✿~ Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong..Rasulullah menunggang BURAQ yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong..
✿~ Kita kalau berjumpa dengan ORANG BESAR sikit sudah sombong dan merasa bangga..kalau menteri senyum kepadanya dia merasa BANGGA, Rasulullah s.a.w BERJUMPA DENGAN ALLAH s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tidak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. .

Jadi, apa SEBAB kita mahu sombong lagi atas dunia ini? :
♥♥

p/s : Seseorang yang di kala manusia meletakkan dirinya di TEMPAT YANG TINGGI..dia berjaya meletakkan HATINYA di tempat yang PALING RENDAH..itulah sebaik-baiknya hamba pada PANDANGAN Allah..♥♥