KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran
berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan
cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan
membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah
dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
• Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai
perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
• Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan
atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam
sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan
tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini
diperolehi melalui tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang
tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan
dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses
yang dialami.
PROSES BERFIKIR
• Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii. Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses
kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia
di antara komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua
jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika
inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan
berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan
pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan
yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya
perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang
sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang
seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
1. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan
bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula
berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi
berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam
bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta,
matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran
berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di
samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup
berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan
kiri hendaklah dikembangkan.
2. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza
dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.
3. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.
- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan
pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya
dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia
samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu
ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti
diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau
mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang
individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang
boleh difikirkan.
4. Teori Konstruktivisme
- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar
minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori
ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli
falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran
individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina
melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran
pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif
dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman
sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses
kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses
kognitif tersebut.
ALAT BERFIKIR
- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih
berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa
digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat
membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh
digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
• Pemikiran Konvergen
-
Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya
berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang
membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan
integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang
lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara
tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.
Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup
• Pemikiran Divergen.
-
Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada
berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.
Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang
banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu
yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga
dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure
intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan
pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
• Pemikiran Reflektif
-
Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan
pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan
tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian
masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.