Sunday, January 12, 2014

wish dan puspakom

Macam mana kereta ‘recond’ yang di impot dari Jepun boleh lulus pemeriksaan PUSPAKOM sedangkan kita difahamkan sebelum sesebuah kenderaan didaftarkan, PUSPAKOM membuat pemeriksaan menyeluruh, termasuklah pemeriksaan ketelusan cahaya pada cermin kereta. 
PUSPAKOM tutup mata sebelah ke?

Hari itu persoalan yang selama ini bersarang di kepala terjawab. Masa singgah di kedai cermin kereta, aku sempat berbual dengan seorang jurujual kereta recond jenis Toyota Wish yang sedang menunggu pekerja kedai menukar cermin cerah ke cermin asal berwarna gelap.
Aku difahamkan kereta itu baru saja lulus pemeriksaan PUSPAKOM dan akan dihantar kepada pembeli setelah penukaran cermin selesai.
Sehari sebelum pemeriksaan, juru jual membawa kereta ke kedai cermin untuk menukar buat sementara 3 keping cermin gelap ke cermin cerah. Sebaik lulus pemeriksaan, pekerja kedai akan memasang balik cermin asal…semuanya bisa diatur dengan RM500.
Maka tertipulah PUSPAKOM.

Di hari yang lain aku singgah sekali lagi di kedai yang sama. Cuma kali ini ceritanya berbeza.

Lelaki Melayu dalam lingkungan umur 40an menukar cermin asal (dark tinted) ke cermin cerah (Made in China). Dia membayar sekitar RM950 untuk mengganti 2 keping cermin belakang dan sekeping cermin ‘rear windshield’.
Kenapa cermin kereta Toyota WISH berwarna cerah terpaksa diimpot dari Cina? MSG atau Malaysian Sheet Glass tidak membuat cermin kereta recond impot yang memenuhi piawaian tempatan kerana kekurangan permintaan.
Dan kenapa pemilik kereta tersebut menukar kepada cermin cerah?
Keretanya tidak dibenarkan masuk ke Singapura kerana pegawai di pusat pemeriksaan Woodlands ‘tidak bisa diatur’ sedangkan pemilik MPV Toyota WISH tersebut terpaksa berulang alik dari KL ke Singapura atas urusan perniagaan.
Terfikir juga, alangkah baiknya kalau penguatkuasaan di Malaysia setegas Singapura. Tapi…macam mana nak dikuatkuasakan kalau pemilik kereta cermin gelap bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri? Atau pemiliknya ada surat ‘doctored’ yang mengatakan si anu dan si anu alahan (allergic) panas?
Fuh susah susah, ditelan mati pangkal diluah mati pucuk.

No comments: