Friday, November 11, 2011
Ustaz Abu Bakar Al-Bakir Pengasas Parti Berprinsip Islam Terawal
Berakhirnya Perang Dunia Kedua, negara kecamuk dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Antaranya bangkitnya pemimpi-pemimpinn yang dianggap kiri mengasaskan parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Ogos 1943 selepas dua hari Jepun menyerah kalah. Ahli-ahli pengasas seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Al-Bakir. PKMM mendapat dukungan dari pejuang kiri dan juga Islam. Bila PKMM mendapat tekanan dari Penjajah British dan pimpinan ditangkap dan berikut dari penentangan terhadap Malayan Union lahirnya Umno (11 Mei 1946), maka golongan Islam merasa terasing dan perlu mengimbangi pengaruh Umno yang dari awal disifatkan sebagai konservatif, tradisionalist dan tidak ditekan British (Anak Mas British). Ini membawa kepada penubuhan Parti Hizbul Muslimin (17 Mac 1948) di Gunung Semanggol. Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilantik sebagai Presiden. Penubuhan bertujuan mempertahan Islam, memperjuang kemerdekaan Negara, menjaga kepentingan umat di dalam bidang pendidikan dan juga ekonomi. Ini bermakna gerakan politik keislaman lahir selari dengan kesedaran politik semasa.
Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilahirkan di Gunung Semanggol pada tahun 1907. Beliau berketurunan ulama. Pendidikannya - bersekolah Pondok Ar-Rahmaniah dan Madrasah Da`iratul Ma`arif al-Wataniah di Kepala Batas. Beliau berkhidmat sebagai guru dan pada tahun 1934 dilantik menjadi Mudir Madrasah al-Ihya` al-Sharif di Gunung Semanggol yang beliau juga sebagai pengasas. Semasa berkhidmat di sinilah beliau bergiat di dalam politik dengan menjadi salah seorang Pengasas PKMM (1945) dan kemudian di Madrasah ini juga beliau mengasaskan Parti Hizbul Muslimin (1948) sebagai Parti Berprinsip Islam terawal.. Datuk Onn yang memimpin Umno merasa tergugat dengan penubuhan Parti Hizbul Muslimin. Beliau mengingatkan kepada British ?
Hubaya ! Hubaya ! Bahaya turun dari Gunung !
Berikut dari peringatan itu Pengasas Hizbul Muslimin Ustaz Abu Bakar Al-Bakir ditangkap oleh pihak British dan mengharamkan Parti Hizbul Muslimin (1948). Pengharaman terhadap Parti Hizbul Muslimin membuka ruang pengisian kepada kelahiran Pas pada tahun 1951.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment