Monday, January 6, 2014

Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 5

rancangan tahunan tahun 5




RANCANGAN TAHUNAN
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
TAHUN 5

MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1
Bidang Pembelajaran:
1. Reka Bentuk  dan Teknologi.

    1.2 Kreativiti dan raka cipta
     b. kajian reka bentuk dan
         kefungsian produk.  `( 3 m)

          IV. Membuka dan
                memasang kit model.








Aras 1
  • Mengenal pasti alatan  tangan.


  • Membuka dan mengenal pasti komponen
  • Menyatakan fungsi komponen
  • Memasang semula kit model








Alatan tangan yang digunakan seperti gandin plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil.

Membaca dan memahami manual

Menyimpan kit model secara tersusun dan selamat.
Cth: Kit model robot, jentolak,kereta,motosikal,dan kereta kabel.


2

Aras 2
  • Menerangkan kefungsian system pergerakkan kit model



3

Thaipusan
Aras
  • Membuka dan memasang kit model untuk menerangkan kefungsian produk yang lebih mencabar.
  • Mengkaji reka bentuk kit model

Cth: Robot berkaki 6, kereta kawalan jauh

Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna,binaan dan keupayaan.







MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI

4
C. Penyelesaian masalah   ( 3 m)

   1. Pencetusan dan penjanaan
       idea kreatif melalui projek
       eksperimental




Aras 1
  • Mengenal pasti masalah
  • Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah
  • Membuat catatan  dan lakaran




Contoh projek eksperimental:
- Menarik  bata dengan tisu
- Membuat jambatan menggunakan straw
   minuman yang boleh menampung beban
-Menjatuhkan telur tanpa pecah  pada ketinggian
  tertentu.


5
  II. Menterjemah idea kepada
       bentuk 3D
tahun baru cina
Aras 1
  • Memilih lakaran akhir projek eksperimental
  • Merancang pembinaan projek



6
 III. Membina  dan
       mempersembahkan projek
       eksperimental.




 IV. Membina dan mempersembahkan projek
Aras 1
  • Membina projek eksperimental





Aras 1
* Membuat persembahan hasil binaan secara lisan.
Projek eksperimental boleh juga merujuk kepada pengalaman murid pelajar seperti menaikkan laying-layang.

Projek eksperimental menggunakan bahan yang mudah diperolehi.


Murid mencatat idea-idea baru dari persembahan









MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI

7
e. Pendokumentasian
    ( 1 m)
Aras 1
  • Menyatakan keperluan pendokumentasian dalam buku idea
  • Mengumpul dan merekod maklumat
  • Membuat buku idea


Menyimpan maklumat dalam buku idea

8






1.3 Reka Bentuk dan
      Penghasilan Projek    ( 5 m)

     b. Mereka bentuk dan
         menghasilkan projek
         berasakan logam dan bahan
         kitar semula.





Aras 1
  • menentukan projek berpandukan kad kerja
  • Membaca lukisan projek







Lukisan projek  dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja.



9
Mesyuarat panitia ke 2
Ujian selaras 1
10

  • Mengenal pasti  alatan tangan
  • Menentukan jenis bahan dan kuantiti

Penerangan nama dan fungsi  alatan tangan yang berkaitan.
Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium, zink dan wayar.

11
Cuti pertengahan penggal 1
12

  • Mengukur ,menanda dan memotong bahan projek
  • Memasang komponen  projek

Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan
Tunjuk cara memaku  dan memasang skru

13

  • Membuat kemasan
Cadangan bahan kemasa seperti cat sembur dan pelekat bergambar

Contoh projek : Bekas serbaguna
                          Penyangkut serbaguna








MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
14
                   
Aras 2
  • Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat

Perbincangan atau sumbangan tentang cara perlupusan sisa yang betul.

Penerangan penggunaan bahan kitar semula adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos, mesra alam, dan mengekalkan sumber alam.

Perbincangan tentang factor kesihatan dan keselamatan semasa memilih bahan dan membina projek.               

15



1.4 Elektrik dan elektronik
      ( 4 m)

    b. Penghasilan projek
         elektronik

Aras  1
  • Mengenal pasti nama, fungsi dan symbol komponen elektronik.
  • Membaca dan memahami litar skematik


Komponen yang digunakan adalah seperti LED, perintang tetap, perintang boleh laras, dan motor arus terus


16

  • Membuat penyambungan litar



17




Aras 2
  • Membaca dan menterjemah litar projek
  • Memilih alatan, bahan dan komponen

Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkah penyambung
Catatan: LED 1 dan LED 2 boleh digantikan dengan motor arus terus.

18

  • Mengukur,memotong dan menjalur wayar
  • Memasang komponen mengikut litar projek
            Menguji litar projek dan membuat 
            pembaikian
Memerhati kecerahan LED atau kelajuan  pusingan motor yang dihubungkaitkan dengan perintang boleh laras

Prnggunaan alatan tangan yang betul dan selamat perlu diberi perhatian.







MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

19
1.5 Baik pulih Penyenggaraan
     ( 1 m)

     b. penyenggaraan bahagian
         bangunan

Aras 1
  • Mengenal pasti bahagian bangunan yang perlu disenggara
  • Memilih bahan pembersih
  • Membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap


Contoh bahagian yang perlu di senggaraialah seperti engsel pintudan kerangka tingkap.

Bahan pembersih yang terlibat seperti kertas las, bulu keluli, berus dawai, dan minyak.

Cara menyimpan baki bahan pembersih perlu diberi tekanan.


20
1.6 Jahitan         ( 2 m)

a.       Membaiki pakaian

wesak
Aras 1
  • Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan


  • Menyatakan kegunaan alatan jahitan

  • Menyatakan kegunaan jahitan asas

  • Mengenalpasti mata jahitan asas.




  • Menyatakan kegunaan kancing

  • Mengenal pasti jenis kancing

  • Mengenal pasti jenis mata jahitan untuk menjahit kancing

  • Menjahit butang,cangkuk dan palang yang tertanggal pada pakaian
  •  
Guru mengenalkan alat dan bahan jahitan jarum tangan (no.7-9),gunting fabrik saiz (saiz 20 cm), benang (no. 40/50), penetas jahitan jarum peniti dan pta ukur.Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru

Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan

Mata jahitan asas boleh digunakan untuk membaiki pakaian.
Mata jahitan asas seperti jahitan jelujur halus,jahit kia,jahit sembat dan jahit lilit.
Tunjuka cara menjahit mata jahitan asas Murid menjahit contoh mata jahitan asas pada perca fabrik. Guru boleh menggunakan carta jahitan asas sebagai panduan.
- Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada
   pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik
- Guru mengenalkan  jenis kancing seperti butang,   
   cangkuk dan palang.
- Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahit lilit
   kemas,dan jahit lubang butang. Mempamerkan contoh
   mata jahitan untuk menjahit kancing.
- Tunjuk cara menjahit butang ,cangkuk dan palang yang
   tertanggal.



MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
21
22 -23

24
Peperiksaan setengah tahun
Cuti pertengahan tahun

Aras 2
  • Menyatakan maksud kelim


  • Mengenal pasti bahagian pakaian yang meretas pada kelim

  • Memilih mata jahitan untuk membaiki kelim yang meretas


  • Menjahit kelim yang meretas pada pakaian


  • Menyatakan maksud kelepet


  • Mengenal pasti  bahagian kelepet yang meretas pada pakaian

  • Memilih mata jahitan untuk membaiki kelepet yang meretas pada pakaian


  • Menjahit kelepet yang meretas pada pakaian

- Cantuman dua atau lebih kepingan fabrik
  yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin

- Terdapat di bahagaian rusuk,bahu dan  tepi seluar atau
   kain sarung. Murid mengenal pasti kelim yang meretas

- Memilih mata jahitan yang sesuai untuk
   membaiki kelim. Mempamerkan contoh
    mata jahitan untuk membaiki kelim

- Tunjuk cara menjahit kelim pada rusuk,  bahu, tepi 
    seluar atau sarung menggunakan mata  jahitan jelujur
    halus atau jahit kia. Murid menjahit kelim

-  Penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus
    atau tepi melengkung pada  pakaian atau artikel.

- Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar,hujung
   lengan, bawah blaus dan tepi artikel.

- Murid memilih mata jahitan yang sesuai untuk
   membaiki kelepet yang meretas. Mempamerkan contoh
    jahitan seperti silang pangkah dan sembat susup.

- Tunjuk cara menjahit kelepet yang meretas
   menggunakan mata jahitan silang pangkah dan sembat
   susup. Murid menjahit kelepet yang meretas.







MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN


25







1.8    Ikan hiasan    ( 8 m)

a. Pengenalan

Aras 1
  • Mengenal dan melabel bahagian luar ikan


  • Menyenaraikan ikan hiasan tropika





Menyebut dan melabelkan bahagian luar ikan hiasan
Mempamerkan beberapa sepsis ikan hiasan menggunakan gambar foto atau spesimen sebenar

Spesis yang mudah didapati ialah Guppy, Swordtail, Discus, Angerfish, Tiger Barb,Molly, Gourami, Ikan Pelaga, Cichlid, Oscar, Kaloi, Kelisa, Belida, Tetra, Mas dan Koi Kap.

26

Aras 2
  • Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan.

Aras 3
  • Menyenaraikan beberapa cirri istimewa pada ikan hiasan

Ikan hiasan ialah ikan yang dipeliharadalam bekas atau kolam utnuk mengindahkan ruang ,memberi ketenangan dan menghayati alam akuatik

Ciri istimewa pada iakan hiasan ialah pada warna, sisik,saiz,pergerakan,bentuk badan,sirip,cara makan,jantina dan cara pembiakan.


27
     
 b. Penyediaan bekas

pelanjaran bulan panitia kh

Aras 1
  • Memilih ikan hiasan untuk dipelihara













Faktor pemilihan ikan hisan untuk dipelihara:
-          Kesesuain bekas
-          Habitat dan sifat ikan
-          Mudah dipelihara
-          Boleh bercampur dengan ikan jenis lain
(Untuk pemilhan campuran)
-          Tahan terhadap perubahan mutu air
-          Tahan terhadap serangan penyakit
Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas / logam
-          Letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit.
-          Masukkan sedikit air akuarium/kolam ke dalam beg plastik.
-          Biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik.
MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
28

Aras 2
  • Mengenal dan  memilih tumbuhan akuatik atau tiruan


  •  Menanam tumbuhan akuatik dakam akuarium


Pemilihan aksesori bergantung kepada sepsis ikah yang dipelihara. Aksesori akuarium asas ialah pam dan penapis

Aksesori tambahan : batu,pasir,tumbuhan akuatik,kayu buruk,poster,model,dan lampu akuarium.
29

  • Memilih akuarium/bekas dan aksesori


  • Menyedia dan menghias akuarium


  • Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas.

Panduan menyedia dan menghias akurium:
- Letakkan akuarium di lokasi pilihan,pastikan ada
   pendawaian elektrik dan bekalan air
- Membersih dan bilas bahan hiasan seperti kayu ,pasir  
  dan batu.
- Letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di dasar  akuarium
- Masukkan batu, pasir dan kayu buruk.
- Tanamkan tumbuhan akuatik/tiruan.
- Masukkan penapis dalaman dan lekatkan pada dinding tangki akuarium.
- Masukkan air yang telah dinyah klorinkan ke dalam akuarium
- Hidupkan penapisan dlaman dan nyalakan lampu.
-          Masukkan ikan


30
  
  c. Pengurusan

Aras 1
  • Mengenal dan memilih jenis makanan hiasan

  • Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut sepsis ikan

  • Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan

Mempamerkan contoh makanan ikan hiasan. Jenis makanan   ikan hiasan yang terdapat dipasaran ialah makanan hidup(plankton, rumpair, Moina, Artemia, Udang gantung, Ikan peacock, larva, serangga  & cacing.

Makanan kering (kepingan/emping,pallet,tablet) dan makanan ramuan khas( mengikut jenis ikan).

Ikan hiasan diberi makan 3 kali sehari (pagi,tengahari ,lewat petang) dengan kadar yang disyorkan.


MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
31

  • Mengenal pasti kandungan mutu air


  • Melakukan kerja pembersihan bekas,menukar air dan menyuci penapis

  • Mengenal pasti symptom penyakit biasa pada ikan hiasan

  • Mencegah dan merawat penyakit ikan hiasan


Mengukur kualiti air seperti nilai pH, Amonia, Oksigen terlarut dan karbon dioksida

Pelbagaikan jenis makanan, elakkan memberi makanan yang berlebihan dan tercemar.

Mengasingkan ikan yang berpenyakit dan mengamalkan langkah kebersihan.

Aktiviti pencegahan dan rawatan penyakit ikan seperti memasukkan garam atau larutan berubat.
Lihat lampiran-penyakit biasa ikan hiasan dan rawatan.

32

Aras 2
  • Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium

  • Memberi bekalan karbon dioksida kepada tumbuhan  akuatik dalam akuarium
Peralatan untuk bekalan karbn dioksida khusuh untuk penggunaan di dalam akuarium adalah  seperti “
- Tangki silinder gas karbon dioksida
- Alat penyukat tekanan
- Alat mengawal pengeluaran karbon dioksida

Nota: Murid memelihara ikan hiasan dalam kumpulan. Memadai dengan 2-3 kumpulan untuk satu kelas. Menyediakan jadual kerja penjagaan dan penyenggaraan sepanjang tahun untuk pelajar.
Panduan menternak Ikan hiasan boleh di dapati daripada Pusat Penyelidikan Perikanan  Air Tawar , Jabatan Perikanan Malaysia.

33
2. Perniagaan & Keusahawanan
   2.2 Merancang dan
         menyediakan jualan (2 m)

    a. Membuat rancangan  jualan

Aras 1
  • Mengenal pasti cara menghasilkan barang yang akan dijual
  • Menentukan barang jualan
  • Merancang cara menjual
  • Membuat rancangan jualan
  • Menyediakan jadual kerja

Menetapkan cara menghasilkan barang

Membuat rancangan jualan dan jadual kerja

Cara menjual: Berjaja,bergerai, berkedai

Sediakan borang rancangan jualan


MINGGU
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
34
b. Menyediakan barang jualan
Aras 1
  • Menghasilkan barang yang hendak dijual


Aras 2
  • Mengubahsuai barang yang hendak dijual

Membuat barang jualan
Cth: beg kertas, penanda buku, popia, rojak buah dan air
        Minuman

Menghasilkan dan mengubahsuai barang
Cth: Pisang         pisang goreng, roti            sandwic


35
2.3 Memproses Jualan   (2m)

      a. Promosi melalui poster


Aras 1
  • Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster

  • Mengenalpasti ciri poster yang baik


Maklumat yang perlu ada dalam poster ialah barangan , tempat, tarikh , masa dan harga.

Ciri poster yang baik:
Reka bentuk  yang menarik dan kreatif dari segi pemilihan perkataan , warna dan saiz huruf yang sesuai

36

Aras 2
  • Menghasilkan  poster untuk mempromosi barang


Membuat poster  berpandukan barang yang dihasilkan dan tempat poster dipamerkan
37
2.4 mengurus Jualan (2m)

    b. Mendapatkan pesanan
Aras 1
  • Menyenaraikan cara untuk mendapatkan pesanan
  • Memilih cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan



Aktiviti sumbangsaran cara mendapatkan pesanan
Cth: Cara mendapatkan pasaran melalui e-mel, borang pesanan, dan majalah perniagaan


38
Ujian selaras 2
39





MINGGU          






BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN

Aras 2
  • Mendapatkan pesanan




HASIL PEMBELAJARAN

Cara mendapatkan pesanan hendaklah sesuai dengan  barang , tempat, masa,  dan kemudahan yang ada.

Mengambil  bahagian dalam projek  sebenar di sekolah seperti hari  kantin dan sukan.
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
40
2.6 Mengurus Perbelanjaan diri
      ( 2 m)

a.  Merekod pendapatan dan
    perbelanjaan
    



Aras 1
  • Mengenalpasti sumber pendapatan
  • Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan


Perbincangan mengenai sumber pendapatan

Sumber pendapatan boleh diperoleh daripada pemberian wang saku, mengambil upah, menjual barang terpakai, menghasil  dan menjual barang, mengubahsuai dan menambah nilai serta menjual barang.

41

b. Merancang perbelanjaan
Aras 1
  • Menentukan cara berbelanja

  • Membuat belanjawan diri


  • Menentukan cara menabung

Membuat pilihan perbelanjaan

Membuat senarai belanjawan diri
Merekod dalam borang yang disediakan

Cara menabung: Menyimpan dalam tabung
                           Menyimpan  dalam bank

Latihan mengisi borang simpanan bank.
42
Peperiksan akhir tahun



43
Pengurusan buku teks





Tuesday, October 8, 2013

Tanda-tanda orang yang membela hantu raya

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.





Antara tanda-tandnya ialah :

1. Takut bertentang mata bila bercakap

2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim

3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu

4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat

5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat

6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri

7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan

8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya

9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.

10. Kerap bersetubuh.



Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

perahu layar

Haziq d riyaz heritage program perahu layar

SOLAT SUNAT DHUHA DOA DAN CARA MELAKSANAKANNYA

Ruang waktu dan waktu afdal



Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.



Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).



Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.







Cara melaksanakannya



Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.



Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)



Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.







Doa yang disarankan



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”















* Coretanku











Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…







Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”







Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.







Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.







Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…