Macam mana kereta ‘recond’ yang di impot dari Jepun boleh lulus
pemeriksaan PUSPAKOM sedangkan kita difahamkan sebelum sesebuah
kenderaan didaftarkan, PUSPAKOM membuat pemeriksaan menyeluruh,
termasuklah pemeriksaan ketelusan cahaya pada cermin kereta.
PUSPAKOM tutup mata sebelah ke?
Hari itu persoalan yang selama ini bersarang di kepala terjawab. Masa
singgah di kedai cermin kereta, aku sempat berbual dengan seorang
jurujual kereta recond jenis Toyota Wish yang sedang menunggu pekerja
kedai menukar cermin cerah ke cermin asal berwarna gelap.
Aku difahamkan kereta itu baru saja lulus pemeriksaan PUSPAKOM dan
akan dihantar kepada pembeli setelah penukaran cermin selesai.
Sehari sebelum pemeriksaan, juru jual membawa kereta ke kedai cermin
untuk menukar buat sementara 3 keping cermin gelap ke cermin cerah.
Sebaik lulus pemeriksaan, pekerja kedai akan memasang balik cermin
asal…semuanya bisa diatur dengan RM500.
Maka tertipulah PUSPAKOM.
Di hari yang lain aku singgah sekali lagi di kedai yang sama. Cuma kali ini ceritanya berbeza.
Lelaki Melayu dalam lingkungan umur 40an menukar cermin asal (dark
tinted) ke cermin cerah (Made in China). Dia membayar sekitar RM950
untuk mengganti 2 keping cermin belakang dan sekeping cermin ‘rear
windshield’.
Kenapa cermin kereta Toyota WISH berwarna cerah terpaksa diimpot dari
Cina? MSG atau Malaysian Sheet Glass tidak membuat cermin kereta recond
impot yang memenuhi piawaian tempatan kerana kekurangan permintaan.
Dan kenapa pemilik kereta tersebut menukar kepada cermin cerah?
Keretanya tidak dibenarkan masuk ke Singapura kerana pegawai di pusat
pemeriksaan Woodlands ‘tidak bisa diatur’ sedangkan pemilik MPV Toyota
WISH tersebut terpaksa berulang alik dari KL ke Singapura atas urusan
perniagaan.
Terfikir juga, alangkah baiknya kalau penguatkuasaan di Malaysia
setegas Singapura. Tapi…macam mana nak dikuatkuasakan kalau pemilik
kereta cermin gelap bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri? Atau
pemiliknya ada surat ‘doctored’ yang mengatakan si anu dan si anu alahan
(allergic) panas?
Fuh susah susah, ditelan mati pangkal diluah mati pucuk.
Sunday, January 12, 2014
JPJ Harus Mesra Pengguna Berhubung Isu Cermin Gelap
Salam.
Minggu
lalu saya telah di tahan di satu sekatan jalanraya operasi JPJ yang
memberi tumpuan kepada cermin gelap. Saya telah menerima surat yang
mengarahkan saya untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom dan saya perlu
menanggalkan lapisan gelap pada cermin saya.
Saya
tidak marah kerana saya sedar mengikut peruntukan undang - undang sedia
ada saya berada diposisi bersalah. Namun, sebagai rakyat yangtelah
mendengar isu ini sekian lama, saya menjadi hairan kerana pembeli kereta
'Recondition' seperti saya ini terperangkap dengan keadaan di mana
cermin tengah dan belakang saya sedia kala gelap dari Jepun lagi.
Bagaimana kereta ini lulus ujian puspakom terdahulu?
Dipetik dari alphardasiaclub.com.
Mengulas laporan Karam Singh Walia mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan Buliten Utama pada 14 Januari 2010 seterusnya dilaporkan semula mengenai operasi JPJ sekarang mengenai cermin gelap di seluruh negara. Berikut adalah pandangan kami sebagai rakyat Malaysia dan sebagai peminat kereta yang mempunyai citarasa dan keinginan tinggi untuk mencantikkan kenderaan. Dalam hal ini kita ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan MPV seperti ESTIMA, ALPHARD, WISH, EXORA atau lain-lain kenderaan yang berkonsepkan MPV
Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP atau kenderaan kerabat diraja boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai orang yang mencintai kecantikan kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombot tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... KEBETULAN TAHUN 2010 KAN TAHUN INOVASI.
Monday, January 6, 2014
Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 5
rancangan tahunan tahun 5
RANCANGAN TAHUNAN
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
TAHUN 5
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
1
|
Bidang Pembelajaran:
1. Reka Bentuk dan Teknologi.
1.2 Kreativiti dan raka cipta
b. kajian reka bentuk dan
kefungsian produk. `( 3 m)
IV. Membuka dan
memasang kit model.
|
Aras 1
|
Alatan tangan yang digunakan seperti gandin plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil.
Membaca dan memahami manual
Menyimpan kit model secara tersusun dan selamat.
Cth: Kit model robot, jentolak,kereta,motosikal,dan kereta kabel.
|
2
| |
Aras 2
| |
3
|
Thaipusan
|
Aras
|
Cth: Robot berkaki 6, kereta kawalan jauh
Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna,binaan dan keupayaan.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI
|
4
|
C. Penyelesaian masalah ( 3 m)
1. Pencetusan dan penjanaan
idea kreatif melalui projek
eksperimental
|
Aras 1
|
Contoh projek eksperimental:
- Menarik bata dengan tisu
- Membuat jambatan menggunakan straw
minuman yang boleh menampung beban
-Menjatuhkan telur tanpa pecah pada ketinggian
tertentu.
|
5
|
II. Menterjemah idea kepada
bentuk 3D
tahun baru cina
|
Aras 1
| |
6
|
III. Membina dan
mempersembahkan projek
eksperimental.
IV. Membina dan mempersembahkan projek
|
Aras 1
Aras 1
* Membuat persembahan hasil binaan secara lisan.
|
Projek eksperimental boleh juga merujuk kepada pengalaman murid pelajar seperti menaikkan laying-layang.
Projek eksperimental menggunakan bahan yang mudah diperolehi.
Murid mencatat idea-idea baru dari persembahan
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI
|
7
|
e. Pendokumentasian
( 1 m)
|
Aras 1
|
Menyimpan maklumat dalam buku idea
|
8
|
1.3 Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek ( 5 m)
b. Mereka bentuk dan
menghasilkan projek
berasakan logam dan bahan
kitar semula.
|
Aras 1
|
Lukisan projek dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja.
|
9
|
Mesyuarat panitia ke 2
Ujian selaras 1
| ||
10
| |
|
Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yang berkaitan.
Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium, zink dan wayar.
|
11
|
Cuti pertengahan penggal 1
| ||
12
| |
|
Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan
Tunjuk cara memaku dan memasang skru
|
13
| |
|
Cadangan bahan kemasa seperti cat sembur dan pelekat bergambar
Contoh projek : Bekas serbaguna
Penyangkut serbaguna
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
14
| |
Aras 2
|
Perbincangan atau sumbangan tentang cara perlupusan sisa yang betul.
Penerangan penggunaan
bahan kitar semula adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran,
mengurangkan kos, mesra alam, dan mengekalkan sumber alam.
Perbincangan tentang factor kesihatan dan keselamatan semasa memilih bahan dan membina projek.
|
15
|
1.4 Elektrik dan elektronik
( 4 m)
b. Penghasilan projek
elektronik
|
Aras 1
|
Komponen yang digunakan adalah seperti LED, perintang tetap, perintang boleh laras, dan motor arus terus
|
16
| |
| |
17
| |
Aras 2
|
Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkah penyambung
Catatan: LED 1 dan LED 2 boleh digantikan dengan motor arus terus.
|
18
| |
Menguji litar projek dan membuat
pembaikian
|
Memerhati kecerahan LED atau kelajuan pusingan motor yang dihubungkaitkan dengan perintang boleh laras
Prnggunaan alatan tangan yang betul dan selamat perlu diberi perhatian.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
19
|
1.5 Baik pulih Penyenggaraan
( 1 m)
b. penyenggaraan bahagian
bangunan
|
Aras 1
|
Contoh bahagian yang perlu di senggaraialah seperti engsel pintudan kerangka tingkap.
Bahan pembersih yang terlibat seperti kertas las, bulu keluli, berus dawai, dan minyak.
Cara menyimpan baki bahan pembersih perlu diberi tekanan.
|
20
|
1.6 Jahitan ( 2 m)
a. Membaiki pakaian
wesak
|
Aras 1
|
Guru
mengenalkan alat dan bahan jahitan jarum tangan (no.7-9),gunting
fabrik saiz (saiz 20 cm), benang (no. 40/50), penetas jahitan jarum
peniti dan pta ukur.Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru
Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan
Mata jahitan asas boleh digunakan untuk membaiki pakaian.
Mata jahitan asas seperti jahitan jelujur halus,jahit kia,jahit sembat dan jahit lilit.
Tunjuka
cara menjahit mata jahitan asas Murid menjahit contoh mata jahitan
asas pada perca fabrik. Guru boleh menggunakan carta jahitan asas
sebagai panduan.
- Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada
pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik
- Guru mengenalkan jenis kancing seperti butang,
cangkuk dan palang.
- Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahit lilit
kemas,dan jahit lubang butang. Mempamerkan contoh
mata jahitan untuk menjahit kancing.
- Tunjuk cara menjahit butang ,cangkuk dan palang yang
tertanggal.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
21
22 -23
24
|
Peperiksaan setengah tahun
Cuti pertengahan tahun
|
Aras 2
|
- Cantuman dua atau lebih kepingan fabrik
yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin
- Terdapat di bahagaian rusuk,bahu dan tepi seluar atau
kain sarung. Murid mengenal pasti kelim yang meretas
- Memilih mata jahitan yang sesuai untuk
membaiki kelim. Mempamerkan contoh
mata jahitan untuk membaiki kelim
- Tunjuk cara menjahit kelim pada rusuk, bahu, tepi
seluar atau sarung menggunakan mata jahitan jelujur
halus atau jahit kia. Murid menjahit kelim
- Penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus
atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel.
- Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar,hujung
lengan, bawah blaus dan tepi artikel.
- Murid memilih mata jahitan yang sesuai untuk
membaiki kelepet yang meretas. Mempamerkan contoh
jahitan seperti silang pangkah dan sembat susup.
- Tunjuk cara menjahit kelepet yang meretas
menggunakan mata jahitan silang pangkah dan sembat
susup. Murid menjahit kelepet yang meretas.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
25
|
1.8 Ikan hiasan ( 8 m)
a. Pengenalan
|
Aras 1
|
Menyebut dan melabelkan bahagian luar ikan hiasan
Mempamerkan beberapa sepsis ikan hiasan menggunakan gambar foto atau spesimen sebenar
Spesis yang mudah
didapati ialah Guppy, Swordtail, Discus, Angerfish, Tiger Barb,Molly,
Gourami, Ikan Pelaga, Cichlid, Oscar, Kaloi, Kelisa, Belida, Tetra,
Mas dan Koi Kap.
|
26
| |
Aras 2
Aras 3
|
Ikan
hiasan ialah ikan yang dipeliharadalam bekas atau kolam utnuk
mengindahkan ruang ,memberi ketenangan dan menghayati alam akuatik
Ciri istimewa pada iakan
hiasan ialah pada warna, sisik,saiz,pergerakan,bentuk
badan,sirip,cara makan,jantina dan cara pembiakan.
|
27
|
b. Penyediaan bekas
pelanjaran bulan panitia kh
|
Aras 1
|
Faktor pemilihan ikan hisan untuk dipelihara:
- Kesesuain bekas
- Habitat dan sifat ikan
- Mudah dipelihara
- Boleh bercampur dengan ikan jenis lain
(Untuk pemilhan campuran)
- Tahan terhadap perubahan mutu air
- Tahan terhadap serangan penyakit
Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas / logam
- Letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit.
- Masukkan sedikit air akuarium/kolam ke dalam beg plastik.
- Biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
28
| |
Aras 2
|
Pemilihan aksesori bergantung kepada sepsis ikah yang dipelihara. Aksesori akuarium asas ialah pam dan penapis
Aksesori tambahan : batu,pasir,tumbuhan akuatik,kayu buruk,poster,model,dan lampu akuarium.
|
29
| |
|
Panduan menyedia dan menghias akurium:
- Letakkan akuarium di lokasi pilihan,pastikan ada
pendawaian elektrik dan bekalan air
- Membersih dan bilas bahan hiasan seperti kayu ,pasir
dan batu.
- Letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di dasar akuarium
- Masukkan batu, pasir dan kayu buruk.
- Tanamkan tumbuhan akuatik/tiruan.
- Masukkan penapis dalaman dan lekatkan pada dinding tangki akuarium.
- Masukkan air yang telah dinyah klorinkan ke dalam akuarium
- Hidupkan penapisan dlaman dan nyalakan lampu.
- Masukkan ikan
|
30
|
c. Pengurusan
|
Aras 1
|
Mempamerkan contoh makanan ikan hiasan. Jenis makanan ikan
hiasan yang terdapat dipasaran ialah makanan hidup(plankton, rumpair,
Moina, Artemia, Udang gantung, Ikan peacock, larva, serangga & cacing.
Makanan kering (kepingan/emping,pallet,tablet) dan makanan ramuan khas( mengikut jenis ikan).
Ikan hiasan diberi makan 3 kali sehari (pagi,tengahari ,lewat petang) dengan kadar yang disyorkan.
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
31
| |
|
Mengukur kualiti air seperti nilai pH, Amonia, Oksigen terlarut dan karbon dioksida
Pelbagaikan jenis makanan, elakkan memberi makanan yang berlebihan dan tercemar.
Mengasingkan ikan yang berpenyakit dan mengamalkan langkah kebersihan.
Aktiviti pencegahan dan rawatan penyakit ikan seperti memasukkan garam atau larutan berubat.
Lihat lampiran-penyakit biasa ikan hiasan dan rawatan.
|
32
| |
Aras 2
|
Peralatan untuk bekalan karbn dioksida khusuh untuk penggunaan di dalam akuarium adalah seperti “
- Tangki silinder gas karbon dioksida
- Alat penyukat tekanan
- Alat mengawal pengeluaran karbon dioksida
Nota: Murid memelihara
ikan hiasan dalam kumpulan. Memadai dengan 2-3 kumpulan untuk satu
kelas. Menyediakan jadual kerja penjagaan dan penyenggaraan sepanjang
tahun untuk pelajar.
Panduan menternak Ikan hiasan boleh di dapati daripada Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar , Jabatan Perikanan Malaysia.
|
33
|
2. Perniagaan & Keusahawanan
2.2 Merancang dan
menyediakan jualan (2 m)
a. Membuat rancangan jualan
|
Aras 1
|
Menetapkan cara menghasilkan barang
Membuat rancangan jualan dan jadual kerja
Cara menjual: Berjaja,bergerai, berkedai
Sediakan borang rancangan jualan
|
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
34
|
b. Menyediakan barang jualan
|
Aras 1
Aras 2
|
Membuat barang jualan
Cth: beg kertas, penanda buku, popia, rojak buah dan air
Minuman
Menghasilkan dan mengubahsuai barang
Cth: Pisang pisang goreng, roti sandwic
|
35
|
2.3 Memproses Jualan (2m)
a. Promosi melalui poster
|
Aras 1
|
Maklumat yang perlu ada dalam poster ialah barangan , tempat, tarikh , masa dan harga.
Ciri poster yang baik:
Reka bentuk yang menarik dan kreatif dari segi pemilihan perkataan , warna dan saiz huruf yang sesuai
|
36
| |
Aras 2
|
Membuat poster berpandukan barang yang dihasilkan dan tempat poster dipamerkan
|
37
|
2.4 mengurus Jualan (2m)
b. Mendapatkan pesanan
|
Aras 1
|
Aktiviti sumbangsaran cara mendapatkan pesanan
Cth: Cara mendapatkan pasaran melalui e-mel, borang pesanan, dan majalah perniagaan
|
38
|
Ujian selaras 2
| ||
39
MINGGU
|
BIDANG/UNIT/TAJUK
PEMBELAJARAN
|
Aras 2
HASIL PEMBELAJARAN
|
Cara mendapatkan pesanan hendaklah sesuai dengan barang , tempat, masa, dan kemudahan yang ada.
Mengambil bahagian dalam projek sebenar di sekolah seperti hari kantin dan sukan.
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
|
40
|
2.6 Mengurus Perbelanjaan diri
( 2 m)
a. Merekod pendapatan dan
perbelanjaan
|
Aras 1
|
Perbincangan mengenai sumber pendapatan
Sumber pendapatan boleh diperoleh daripada pemberian wang saku, mengambil upah, menjual barang terpakai, menghasil dan menjual barang, mengubahsuai dan menambah nilai serta menjual barang.
|
41
|
b. Merancang perbelanjaan
|
Aras 1
|
Membuat pilihan perbelanjaan
Membuat senarai belanjawan diri
Merekod dalam borang yang disediakan
Cara menabung: Menyimpan dalam tabung
Menyimpan dalam bank
Latihan mengisi borang simpanan bank.
|
42
|
Peperiksan akhir tahun
| | |
43
|
Pengurusan buku teks
| | |
Subscribe to:
Posts (Atom)