Friday, December 7, 2012

HBML4403






1. PENGENALAN



Dari segi bahasa, perkataan media berasal dari bahasa Latin "Medius" yang bererti tengah, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab pula , perkataan media bermaksud perantara atau pengantar pesanan dari pengirim kepada penerima pesan.

Pengertian Media menurut Purnamawati dan Eldarni (2001 : 4), Media merupakan segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan dari pengirim ke penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian dan minat.



Selain itu, AECT (Association of Education and Communication Technology, 1977) memberi batasan tentang media sebagai segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesan atau informasi. Heinich, dan kawan-kawan menjelaskan bahwa istilah Medium sebagai perantara yang mengantar informasi antara sumber dan penerima.

Hamidjojo dalam Latuheru (1993), memberi batasan media sebagai semua bentuk perantara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan atau menyebarkan ide, gagasan, atau pendapat sehingga dapat sampai ke penerima yang dituju.



Tujuan penggunaan media adalah efektivitas dan efisiensi dalam kegiatan belajar mengajar, meningkatkan motivasi belajar pelajar, variasi metode pembelajaran, dan peningkatan aktivasi pelajar dalam kegiatan belajar mengajar.



Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.

MATLAMAT PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN

Membuat Pengajaran Lebih Tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluaan pembelajaran.

Memberi maklumat

Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan.

Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat

Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas.

Memperkayakan pengalaman

Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu.

Pembelajaran Lebih Seronok

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak.



Pengajaran Lebih Bersifat Individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.





2. FAKTOR PEMILIHAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA

Dengan perkembangan dunia teknologi dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa, perkembangan dan penggunaan komputer memang tidak dapat dipisahkan lagi. Ciptaan berteknologi dapat memudahkan pekerjaan seharian manusia. Maka, lahirlah suatu generasi bermaklumat yang hidup di zaman yang boleh digelar “Era Informasi dan Maklumat”.

Kemajuan penciptaan dan inovasi teknologi komunikasi dan maklumat ini, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan mudah untuk difahami dan diaplikasikan oleh guru dan juga pelajar. Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti. Penggunaan komputer serta teknologi terkini yang lain dalam bidang pendidikan telah digunakan secara meluas serta mempunyai potensi yang besar untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Guru-guru telah menggunakan komputer untuk menayangkan video pendidikan yang dipancarkan menggunakan projector LCD. Berbanding pada masa dahulu, guru hanya menayangkan gambar atau slaid-slaid berkaitan dengan pengajaran menggunakan projektor overhed atau kad-kad imbasan. Di sini gambar hidup ditayangkan terus kepada pelajar. Ianya membawa dimensi baru kepada dunia pengajaran dan pembelajaran.

Namun, dengan perkembangan dan pembangunan perisian multimedia yang sangat maju dan menarik telah menjadi fokus pihak kerajaan dalam memperkasakan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknoloji computer sebegini.. Penggabungan media grafik, teks, audio, video dan animasi telah banyak dibangunkan oleh syarikat-syarikat perisian. Bahan-bahan yang dihasilkan ini secara teorinya, dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru, memudahkan pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan prestasi kerja dan pelajaran murid-murid. Penggunaan perisian multimedia bersifat dua hala, di mana perisian mampu memberikan maklum balas yang segera dan sesuai dengan kemampuan pelajar.



Guru-guru didedahkan dengan pelbagai perisian mengikut perkembangan masa. Perisian multimedia kini tidak lagi menjadi masalah bagi guru-guru dalam aplikasi pengajaran mereka. Dalam pengajaran guru-guru hanya perlu mengubah cara penyampaian pengajaran mereka menggunakan aplikasi komputer multimedia. Guru boleh memasukkan unsur-unsur baru seperti eleman audio, video, animasi mahupun teks yang menarik.

Oleh sebab perisian multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pembelajaran. Secara ringkas, melalui penggunaan perisian multimedia, pelajar dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa, tetapi menggunakan ketiga-tiga pancainderanya iaitu mata, telinga dan sentuhan secara aktif.

Melalui penggunaan perisian multimedia, bukan pelajar memperoleh ilmu bahasa, kemahiran menggunakan komputer juga dapat didedah dan dipupuk secara beransur-ansur. Hal ini menjadikan perisian multimedia lebih menarik dan berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan sumber gambar, grafik, video dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik. Supyan Husin (2000) menyatakan pelajar dapat mengingat 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Perisian komputer yang interaktif membolehkan pelajar mengalami penggunaan komputer dengan lebih terperinci.

Penggunaan kaedah pengajaran berdasarkan perisian multimedia ini mengubah cara pengajaran tradisional. Pelajar diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa meneroka perisian-perisian interaktif. Maklumat pula dapat disampaikan dengan lebih efektif dan mendalam sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Perisian multimedia sangat berguna dalam memperjelaskan konsep cara yang menarik melalui penggunaan dan pengabungan unsur-unsur audio, video dan sebagainya.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di abad ini sepatutnya melibatkan penggunaan perisian-perisian multimedia yang sesuai dengan tujuan pendidikan. Guru bahasa Melayu perlu mempraktikkan penggunaan perisian multimedia sebagai salah satu daripada pelbagai strategi yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan perisian multimedia seperti yang dinyatakan oleh penyelidik, penulis ilmiah dan tokoh-tokoh pendidikan boleh melaksanakan peranan yang sukar dilaksanakan dengan kaedah tradisional. Teknik pengajaran menggunakan peralatan canggik dan multimedia akan dapat menarik minat pelajar untuk mendalami tentang apa yang mereka pelajari. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran secara terancang, berfikrah, tersusun dan bersesuaian berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

Dengan penggunaaan bahan multimedia, secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Motivasi pelajar akan berada didalam keadaan yang paling memberangsangkan. Pencapaian murid diharapkan akan lebih meningkat kerana suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik.Penggunaan ICT ini membolehkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Ini menjelaskan kepentingan penggunaan komputer, internet dan perisian produktif untuk tujuan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan berkomunikasi perlu digalakkan terutama di kalangan guru (Hizral Tazzrif Hashim, 2002). Maka dalam konteks kajian ini kaitan dengan penggunaan ICT ini ialah termasuklah penggunaan multimedia yang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Perasaan bosan dengan kaedah pengajaran cara lama akan hilang. Pelajar akan lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar.



Norazah Mohd. Nordin, 2004 dalam kertas kerjanya di Persidangan E-Pembelajaran Kebangsaan ke-24, multimedia juga disebut media pengajaran. Media pengajaran juga merupakan sub komponen dalam teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran agar lebih menarik dan berkesan.

Multimedia adalah penggunaan teks, gambar, audio atau video untuk menyampaikan maklumat. Di antara bahan-bahan multimedia termasuklah permainan, program pendidikan dan maklumat korporat. Maklumat spesifik bagi suatu bahan multimedia terdapat dalam bentuk teks, gambar atau grafik, audio dan video. Media pengajaran dan pembelajaran dikaitkan pula dengan pengajaran berbantukan komputer menggunakan perisian multimedia di dalam kelas dan di luar kelas.

Manakala multimedia yang dipaparkan daripada sistem komputer yang mempunyai keupayaan multimedia menambahkan elemen interaktif kepada paparan multimedia tersebut. Ini membolehkan pengguna komputer tersebut berinteraksi dengan persembahan multimedia tersebut dan menentukan paparan apa yang akan ditunjukkan seterusnya. Perisian persembahan grafik Microsoft Power Point mampu menghasilkan persembahan berbentuk multimedia di mana pengguna boleh berinteraksi dengan persembahan tersebut.

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, teks, grafik dan animasi (Lingard, 2001). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan.

Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.

Komputer juga adalah sebagai alat yang berkemampuan mengubah pengetahuan dan pandangan kita terhadap realiti, sistem pendidikan dan alam perniagaan. Penerokaan, penelitian dan pilihan topik dalam sesuatu pakej multimedia, para pelajar bukan sahaja dapat mengakses kepada maklumat secara lebih meluas, tetapi juga berkeupayaan untuk memahami pengertian sesuatu konsep dengan lebih mendalam. Teks dalam program komputer menjadi lebih dinamik dengan bantuan grafik, warna, video dan animasi. Satu kajian didapati bahawa warna dan grafik beranimasi memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran para pelajar. Penggunaan perisian multimedia membenarkan pelajar menjadi lebih aktif dan berkemampuan mengawal mengakses pengetahuan mereka. Di samping itu, para pelajar juga berupaya memanipulasi jumlah maklumat yang lebih besar untuk meningkatkan daya pembelajaran mereka. Penglibatan para pelajar lebih memberangsangkan dan pelajar menjadi lebih aktif. Ciri interaktif komputer membolehkan para pelajar menjadi lebih aktif berbanding sebagai pemerhati yang pasif lalu dapat mewujudkan suasana pembelajaran visual dan verbal. Kemahiran belajar sendiri akan wujud sekiranya penggunaan multimedia dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan guru. Kemahiran menggunakan komputer adalah penting.

Penggunaan komputer sebagai media pengajaran dapat memotivasikan minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan lebih berkesan serta objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mendapati beberapa kelebihan multimedia dalam pendidikan di mana pencapaian kepada maklumat bergantung kepada keperluan berbanding dengan ciri-ciri media yang digunakan. Kemahiran mengekses bahan dari internet dan multimedia sebagai media pengajaran juga merupakan sebagai pendorong dan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Ini akan dapat menarik minat pelajar dan ransangan kepada motivasi pelajar akan wujud.



3. RASIONAL PEMILIHAN MEDIA KOMPUTER

Ada pelbagai kaedah pengajaran yang dapat dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pengajaran yang menggunakan perisian multimedia dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada cara pengajaran yang lebih moden dan terkini. Ini sejajar dengan perkembangan masa dan peredaran zaman. Segala maklumat p dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih baik dan berkesan. Perisian multimedia sangat berguna dalam memperjelaskan konsep cara yang menarik melalui penggunaan dan pengabungan unsur-unsur audio, video dan sebagainya. Pelajar diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa meneroka perisian-perisian interaktif. Penggunaan bahan multimedia jaga akan dapat membantu menambah pengetahuan murid dengan lebih jelas dan berkesan.

Melalui pengggunaan perisian multimedia para pelajar akan mendapat pengalaman baru. Pengajaran guru menggunakan perisian multimedia menolong pelajar mengetahui pelbagai isi pelajaran dengan cara yang lebih mendalam dan berbagai-bagai animasi dapat dipaparkan pada skrin komputer. Pelajar akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.





Pengajaran berbantukan komputer dengan menggunakan perisian multimedia berupaya mempelbagaikan kaedah dan kegiatan pelajar di dalam kelas. Melalui tayangan LCD untuk sesuatu kemahiran belajar menerusi paparan skrin komputer, guru boleh menggabungkan nyayian dengan menggunakan audio dan visual. Bahan yang ada akan menjadikan seseorang guru itu lebih kreatif dan kritis. Pelajar akan lebih mudah faham dengan penayangan video dan bahan akan dimuat turun dari internet. Pengajaran akan menjadi lebih jelas dan menarik.



Penggunaan bahan multimedia secara maksima juga akan mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar berbanding alat bantu yang sering digunakan oleh guru di dalam kelas. Pelajar akan lebih mudah untuk memahami dan mmengingati kemahiran belajar yang diajar menggunakan bahan multimedia. Contohnya dengan menayangkan gambar atau tayangan video kepada pelajar, ini akan mendekatkan pelajar kepada peristiwa sebenar isi pengajaran yang hendak diajar.



Pengajaran berbantukan komputer terbukti berjaya menyeronokkan dan merangsang minat pelajar.Berdasarkan pengalaman mengajar terbukti bahawa penggunaan perisian multimedia penting dalam usaha memberi rangsangan, keseronokan dan minat pelajar. Ia juga mampu menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu konsep atau maklumat bagi menjamin keberkesanan dalam proses penyampaian ilmu. Guru dapat mempelbagaikan pengalaman pembelajaran, misalnya kerana hendak menambahbaikkan akses kepada pembelajaran, atau memotivasi murid belajar dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.



4. PENGAPLIKSIAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1 Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan adalah salah satu daripada kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Andainya teliti dengan mendalam terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Setiap kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Proses ini akan berlaku berulang-ulang. Melalui perkembangan multimedia, penutur akan meniru dari bahan multimedia seperti radio keset, cakera padat, You Tube dan sebagainya. kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.

Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Penutur akan dapat belajar bertutur dengan sendiri contohnya dengan menyanyi untuk membetulkan nada dan intonasi. Penutur akan belajar sendiri.



4.2 Kemahiran Menulis

Dengan adanya kemudahan multimedia di sekolah, kemahiran menulis akan dapat diperkembangkan. Banyak perisian yang ada sekarang ini memerlukan kemahiran menulis. Pelajar memerlukan untuk mengenal huruf dan nombor. Umpamanya untuk menulis kata laluan untuk memulakan setiap sesi komputer. Dengan ini kemahiran menaip dan menulis akan dapat di ajar secara tidak langsung. Jadi kemahiran menulis akan menjadi perlu dan wajib kepada setiap pengguna komputer.

Selain daripada itu, ruangan sembang di internet juga akan dapat menambahkan kemahiran menulis kepada pelajar. , dikemukakan topik atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis. Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut. Kemahiran menulis akan berkembang selari dengan kemahiran menggunakan komputer. Contohnya ruangan Yahoo Massenger, Skype dan Facebook. Ruangan yang menyeronokan pelajar dan dewasa.

Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, telah sediakan laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan peribahasa. Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk menulis atau untuk perbualan sehari-hari. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh bersajak. Ini tentunya akan dapat menarik minat untuk menulis dan proses menulis akan berkembang secara automatik.



4.3 Kemahiran Membaca

Dengan adanya kemudahan multimedia di sekolah, kemahiran membaca akan dapat diperkembangkan dengan jayanya. Proses membaca akan wujud dan berjaya menarik minat pelajar. Ini adalah kerana kaedah canggih seperti penggunaan komputer akan menarik minat pelajar. Banyak perisian yang ada sekarang ini memerlukan kemahiran membaca. Pelajar membaca sesuatu dari komuter untuk mendapatkan maklumat. Contohnya dari internet. Ini akan menarik minat pelajar . Umpamanya untuk menulis kata laluan untuk memulakan setiap sesi komputer pelajar perlu membaca arahan.. Dengan ini kemahiran menaip dan menulis akan dapat di ajar secara tidak langsung. Jadi kemahiran membaca akan menjadi perlu dan wajib kepada setiap pengguna komputer.

Perisian cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu misalnya, disediakan audio dan teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu pelajar menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan masing-masing.Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari.

Proses pembelajaran membaca akan dapat berkembang dengan positif dan dapat menarik minat pelajar sekiranya penggunaan multimedia ini dapat diamalkan secara maksima dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.











RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU



Tarikh : 21 Julai 2012

Masa : 1015 pagi – 1115 pagi

Tahun : 2 Bestari

Bilangan murid : 25 0rang

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kebersihan Diri

Tajuk : Bilik Mandi



Hasil pembelajaran

Pada akhir pelajaran murid dapat :

i. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks.

ii. Mengeja perkataan dengan betul berdasarkan bahan rujukan.

iii. Mencirikan gambar dengan kegunaannya dengan betul.



Fokus utama :

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.

Aras 1 : merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada perkataan yang didengar.

Fokus sampingan:

Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks.

Aras 1 : menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar.



Kemahiran bahasa : mengeja, memahami dan bertutur.

Sistem bahasa : i. Ejaan

ii. sebutan dan intonasi

iii. Kosa kata

pengisian kurikulum : Ilmu : kesihatan

:Nilai : kebersihan diri

: Kemahiran berfikir : mengenal pasti dan mencirikan

: Kemahiran belajar : mengumpul maklumat.

Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik

Bahan bantu mengajar : gambar, LCD, komputer dan internet



Langkah / masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi

( 5 minit )

Contoh soalan :

Apakah yang kamu lakukan selepas ?



Berapa kali dalam sehari kamu megosok gigi?

Berapa kali kamu mandi sehari?



1. Guru bersoal jawab dengan murid.

2.

. Guru menayangkan lirik lagu “ bangun pagi “



Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut berserta gaya.



BBM

LCD, teks



Nilai

Keberanian



Langkah 1

( 8 minit ) Mengeja:

Berus gigi

Syampu

Tuala

Sabun

Ubat gigi

Baldi

Span

Gayung



1. Guru menayangkan 8 gambar alatan membersihakan diri.





2. Guru meminta murid menamakan alatan tersebut.

3. Guru meminta murid mengeja gambar alatan yang di pamerkan dengan merujuk kamus bergambar.

4. Guru menyemak ejaan murid. BBM

Kamus bergambar, LCD projektor, komputer.



KBKK

Mencirikan

Menjana idea



Nilai

Kegigihan

Keberanian



Langkah 2

( 8 minit ) Menyatakan kegunaan alatan

Berus gigi

Syampu

Tuala

Sabun

Ubat gigi

Baldi

Span

Gayung

1. Guru menayangkan gambar alatan membersihkan diri.

2. Guru meminta murid menyatakan secara lisan kegunaan alatan tesebut.

3. Guru memberikan latihan kepada murid. BBM

Lcd projektor, komputer, gambar.



KBKK

Mencirikan

Mengenal pasti fakta



Nilai

Rasional

Kebersihan mental dan fizikal





Langkah 3

( 6 minit )

Rujuk lampiran



1 Guru menayangkan lirik lagu “bangun pagi “ kepada murid.

2. Guru meminta murid mengisi tempat kosong soalan yang diberikan

3. Guru menyemak jawapan bersama- sama murid.

BBM

Teks, lcd projektor



KBKK

Menyusun atur

Menjana idea



Nilai

Rasional

Berdikari



Penutup

( 3 minit )







1. Guru menyimpulkan isi pelajaran pada hari ini.

2. Guru menerapkan nilai- nilai murni kepada murid supaya menjaga kebersihan diri. Nilai

Kebersihan mental dan fizikal

kerajinan







5. RUMUSAN

Penggunaan bahan multimedia memang tidak dapat dinafikan sekarang ini. Walau dimana kita berada, komputer dan telefon pintar akan tetap dibawa. Ini seiring dengan peredaran masa dan semua manusia dianggap memerlukan kemudahan multimedia sekarang ini. Banyak usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. Ini untuk memastikan teknologi maklumat dapat berkembang dengan jayanya.

Dasar kerajaan negeri Terengganu menyediakan juru teknik komputer dan E-book kepada pelajar ternyata sangat berkesan untuk membantu perkembangan multimedia di sekolah. Oleh yang demikian tidak dinafikan bahawa penggunaan multimedia sangat penting dalam kehidupan harian kita. Ini termasuk dalam bidang pendidikan yang sedia dan sedang berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

Guru-guru pula perlu peka dan sensitif dengan perkembangan komunikasi dan multimedia yang terkini. Ini untuk memastikan bidang pendidikan tidak ketinggalan semua input dan teknologi terkini. Guru guru perlu sedar bahawa murid dan guru perlu berubah mengikut perkembangan multimedia yang sedia ada dan tidak dianggap kuno. Oleh yang demikian penggunaan multimedia sangat penting dalam pengajaran supaya kemahiran yang diajar mudah difahami oleh murid. Penggunaan perisian dan alatan terkini juga perlu untuk membantu proses pengajaran di dalam kelas. Ini supaya setiap objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan.





No comments: